Utusan Borneo (Sabah)

Joyce buktikan keunggulan di Sarawak

Wanita terkuat Sabah cipta kejuaraan kali keempat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

Dalam pertanding­an kali ini, sebanyak enam rutin dipertandi­ngkan termasukla­h Tyre Flip 350 kilogram (kg), Farmer’s Walk 160 kg (80 kg setiap satu), Atlas Stone 65 kg, Yoke Walk 200 kg, Loading Race 25-60 kg, dan Car Deadlift lebih 120 kg.

JOYCE HENG

KOTA KINABALU: Dalam tempohtida­ksampaiset­ahun selepas meraih gelaran wanita terkuat Sabah, Joyce Heng, 32, sekali lagi mencipta rekod kejuaraan buat kali keempat.

Beliau yang juga pemenang pertanding­an yang sama di Johor dan Selangor tidak melepaskan peluang untuk memenangi kejuaraan di Sarawak.

Sempena pertanding­an ‘Sarawak Strongest Man & Woman 2018’ yang diadakan di Sarikei pada 24 dan 25 Februari lepas, kedua-dua kategori berjaya dimenangi oleh atlet Sabah.

Joyce yang juga bekas atlet bina badan Sabah menganggap kemenangan­nya itu adalah satu permulaan yang baik bagi tahun ini.

Menurutnya, sebagai kemenangan pertama tahun ini tentunya ia memberikan satu suntikan semangat yang tinggi supaya lebih berusaha gigih dan cemerlang.

“Dalam pertanding­an kali ini, sebanyak enam rutin dipertandi­ngkan termasukla­h Tyre Flip 350 kilogram (kg), Farmer’s Walk 160 kg (80 kg setiap satu), Atlas Stone 65 kg, Yoke Walk 200 kg, Loading Race 25-60 kg, dan Car Deadlift lebih 120 kg.

“Saya berjaya mendahului rekod semua peserta bagi setiap rutin dan berjaya meraih kejuaraan,” katanya keepada Utusan Borneo di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pencapaian dan kemenangan yang dikecapiny­a itu bukanlah untuk dibanggaka­n sematamata.

Tetapi jelasnya, ia juga satu tanggungja­wab besar untuk dirinya terus konsisten dan berdisipli­n bagi persediaan pada masa akan datang.

Joyce juga menyasarka­n untukmenye­rtaipertan­dingan ‘Kemaman Strongest Woman’ yang dijangka diadakan pada April depan.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk muncul juara kerana pendedahan dan pengalaman yang diperolehi di setiap pertanding­an itu lebih penting.

“Pada masa sama, saya mahu mengharumk­an nama Sabah di peringkat yang lebih tinggi dalam arena sukan ini,” katanya.

Bagi kategori lelaki, Andy Gerald Pudin yang juga mewakili Sabah berjaya muncul juara.

Seramai lima peserta dari Sabah termasuk Joyce menyertai pertanding­an itu.

 ??  ??
 ??  ?? dan penganjur bergambar bersama sempena pertanding­an ‘Sarawak Strongest Man & Woman 2018’. KEMENANGAN Joyce turut mengharumk­an nama Sabah dalam arena sukan orang kuat. RUTIN Yoke Walk yang menguji tahap kekuatan Joyce dengan mengangkat bebanan seberat 200 kg.
dan penganjur bergambar bersama sempena pertanding­an ‘Sarawak Strongest Man & Woman 2018’. KEMENANGAN Joyce turut mengharumk­an nama Sabah dalam arena sukan orang kuat. RUTIN Yoke Walk yang menguji tahap kekuatan Joyce dengan mengangkat bebanan seberat 200 kg.
 ??  ?? PESERTA
PESERTA
 ??  ??
 ??  ?? JOYCE (kanan) bersama Andy (kiri) berkongsi kegembiraa­n selepas dinobatkan sebagai juara.
JOYCE (kanan) bersama Andy (kiri) berkongsi kegembiraa­n selepas dinobatkan sebagai juara.
 ??  ?? BEBANAN seberat 160 kg yang dibawa Joyce untuk rutin Farmer’s Walk.
BEBANAN seberat 160 kg yang dibawa Joyce untuk rutin Farmer’s Walk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia