Utusan Borneo (Sabah)

Rawilson jadi ‘kubu kebal’ Sabah

Berdepan jentera serangan JDT di Stadium Likas malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil bersama rakan di barisan pertahanan sedia menjadi kubu kebal terhadap serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kalah mati pusingan kedua di Stadium Likas malam ini.

Rawilson berkata, ada perasaan lain berhadapan dengan salah satu pasukan terkuat dalam kancah bola sepak itu berbanding perlawanan-perlawanan dalam saingan Liga Premier sebelum ini.

“Ini pertama kali saya bermain menentang JDT. Mereka bukan pasukan calang-calang..ada perasaan lain juga tetapi saya bersama rakan lain di barisan pertahanan sudah bersedia menjalanka­n tanggungja­wab.

“Bagaimanap­un ia bukan hanya mengenai barisan pertahanan. Ia adalah mengenai keseluruha­n pasukan. Kami perlu berkerja sebagai satu pasukan kerana inilah kunci kekuatan kami,” kata pemain yang terkenal dengan panggilan `Jepun’ dalam kalangan rakan sepasukan itu ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, sokongan padu penonton untuk menjadi pemain ke-12 juga akan membantu menyemarak­kan semangat juang pasukan.

“Oleh itu saya berharap penyokong akan terus bersama kami memberi sokongan padu sehingga wisel penamat ditiup,” katanya.

Sama ada ketua jurulatih, Jelius Ating akan menggunaka­n formasi 35-2 atau 4-4-2, Rawilson tetap akan menjadi tonggak - Gambar BERNAMA

di bahagian pertahanan bersama pertahanan import, Francis Kasonde.

Jelius dijangka akan mengekalka­n Rawilson, Kasonde dan Mafry Balang di barisan pertahanan jika formasi 3-5-2 digunakan yang diperkenal­kan buat pertama kali pada perlawanan Liga Premier menentang Sarawak yang berkesudah­an seri 1-1, Selasa lalu.

Jika kembali menggunaka­n formasi 4-4-2, Jenius Karib dijangka akan menyertai pertahanan atau akan bermain di tengah bersama Heo Jaenyong, Maxsius Musa, Mohd Azizan Nordin dan S a b r i Sah a r jika menggunaka­n formasi 3-5-2.

Gandingan import Lee Gil Hoon dan Hector Omar Ramos Lebron dijangka akan terus mengemudi jentera serangan manakala Robson Rendy Rining akan terus diberi kepercayaa­n sebagai penjaga gol utama.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan telah menjaring lapan gol dan dibolosi dua gol selepas empat perlawanan setakat ini.

Bagaimanap­un JDT bersaing di Liga Super dan kini merupakan pendahulu carta manakala Sabah di Liga Premier dan kini di kedudukan kedua.

“Ini pertama kali saya bermain menentang JDT. Mereka bukan pasukan calang-calang..ada perasaan lain juga tetapi saya bersama rakan lain di barisan pertahanan sudah bersedia menjalanka­n tanggungja­wab. Bagaimanap­un ia bukan hanya mengenai barisan pertahanan. Ia adalah mengenai keseluruha­n pasukan. Kami perlu berkerja sebagai satu pasukan kerana inilah ” kunci kekuatan kami. RAWILSON BATUIL Ketua pasukan Sabah

 ??  ?? TIKET LARIS: Mojaidi (tiga kanan) bersama rakan-rakan dari Daerah Beaufort menunjukka­n tiket perlawanan Piala FA 2018 Sabah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berlangsun­g di Stadium Likas, malam ini. Katanya meskipun Sabah adalah pilihan...
TIKET LARIS: Mojaidi (tiga kanan) bersama rakan-rakan dari Daerah Beaufort menunjukka­n tiket perlawanan Piala FA 2018 Sabah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berlangsun­g di Stadium Likas, malam ini. Katanya meskipun Sabah adalah pilihan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia