Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal tewas lagi berdepan City, Wenger semakin tertekan

-

LONDON: Pengurus Arsenal yang tertekan Arsene Wenger menyeru kepada pemainnya untuk menunjukka­n mereka dapat mencapai standard kelab selepas kekalahan 3-0 kedua yang menginsafk­an di tangan Manchester City dalam tempoh lima hari kelmarin.

City seterusnya mendahului 16 mata di tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila pasukan pelawat itu menjaringk­an tiga gol dalam masa 33 minit pertama, tidak lama selepas mereka memenangi piala pertama mereka dalam perlawanan akhir Piala Liga bagi era

Pep Guardiola pada

Ahad lepas, untuk menghancur­kan Arsenal sekali lagi di hadapan penonton yang tidak ramai di Emirates.

Bernardo Silva, David Silva dan Leroy Sane men- - Gambar REUTERS emui sasaran untuk memberikan kekalahan ketiga berturut-turut kepada Arsenal dan meninggalk­an mereka 10 mata di belakang kelompok empat kelab teratas EPL di tempat keenam. Dan malam untuk dilupakan bagi The Gunners menjadi lengkap apabila pemain termahal kelab yang bernilai 56 juta pound (RM308 juta) Pierre-Emerick Aubameyang menyaksika­n tendangan penaltinya pada separuh masa kedua diselamatk­an oleh Ederson.

“Kita naik menggunaka­n tangan dan turun menggunaka­n lif, itulah apa yang berlaku dengan keyakinan,” kata Wenger. “Kami perlu menunjukka­n kami mempunyai tahap untuk bermain di kelab bola sepak Arsenal.” Bagaimanap­un pengurus dari Perancis itu sekali lagi enggan menerima hakikat bahawa kedudukann­ya sebagai pengurus selama 22 tahun semakin menghampir­i penamat yang menyedihka­n.

“Saya yakin tiada yang kekal dalam hidup,” ujar Wenger. “Ia bergantung kepada cara kita bertindak balas serta fokus dan usaha yang kita tunjukkan untuk mengubah keadaan.” Suhu bawah beku dan sikap acuh tak acuh yang disebabkan oleh persembaha­n Arsenal di Wembley pada Ahad lepas menyaksika­n ribuan tempat duduk kosong di Emirates. Garisan sekeliling padang dicat dengan warna biru sebelum sepak mula selepas salji dijangka turun dan menutupi padang.

Malangnya bagi penyokong tuan rumah yang sanggup menempuh keadaan sejuk, itu adalah satu-satunya perkara baharu pada malam kegagalan yang semakin biasa dipamerkan oleh barisan pemain Wenger, yang kini sudah tewas tujuh kali dalam 12 perlawanan pada tahun ini.

“Adakah kita mahu penyokong rasa gembira apabila kita ketinggala­n 3-0? Saya terkejut melihat anda terkejut,” ujar Wenger.

“Ia adalah kombinasi keadaan cuaca dan hakikat bahawa kita mengalami kekecewaan yang besar pada Ahad lepas.”

Arsenal malah memulakan perlawanan dengan lebih yakin apabila Ederson berjaya menghalang Vincent Kompany daripada menjaringk­an gol sendiri sebelum Henrikh Mkhitaryan menyakitka­n tapak tangan penjaga gol Brazil itu dengan rembatan dari tepi kotak penalti.

Bagaimanap­un mereka tidak dapat bangkit selepas dikejutkan dengan gol pembukaan City pada minit ke-15 apabila Sane berjaya mengelak tiga cabaran Arsenal di sebelah kiri dan melorong bola kepada Bernardo Silva untuk memotong ke dalam bagi kaki kiri yang lebih disukainya dan melakukan rembatan ke dalam sudut atas gawang.

gagal menyempurn­akan sepakan penalti yang menyaksika­n Arsenal tumpas 3-0 kepada City di Emirates.

kecewa pengurus Arsenal Arsene Wenger, selepas anak-anak buahnya sekali lagi tumpas kepada Manchester City 3-0 di Emirates.

City menunjukka­n sentuhan mereka yang lebih tajam dalam kawasan ketiga terakhir sekali lagi sejurus sebelum minit ke30.

Sane terbabit sekali lagi sebelum Sergio Aguero mengumpan bola kepada David Silva yang menyumbat gol di tiang dekat Petr Cech.

City kemudian mempamerka­n kelajuan mereka ketika melancarka­n serangan balas untuk gol ketiga lima minit kemudian apabila Aguero, Kevin de Bruyne dan Kyle Walker bergabung untuk mengumpan bola kepada

- Gambar REUTERS

Sane yang menolak masuk golnya fokus dan setakat ini kami yang ke-12 bagi musim ini. menikmati musim EPL yang

Guardiola meraikan perlawanan­nya menakjubka­n.” yang ke-100 sebagai Seksaan yang dialami Arsenal pengendali City dengan memuji dilengkapk­an tujuh minit selepas fokus pasukannya yang tidak babak kedua bermula apabila membiarkan sikap sambil lewa Nicolas Otamendi menebang meresap walaupun mereka memiliki Mkhitaryan di dalam kawasan kelebihan besar di tempat penalti. teratas. Aubameyang memikul tanggungja­wab

“Orang selalu fikir ‘banyak untuk melakukan mata di hadapan, kita boleh tendangan penalti, tetapi rasa relaks’ tetapi kami melakukan tidak yakin dalam tendangann­ya sebaliknya,” kata Guardiola. mencermink­an prestasi Arsenal

“Ia tidak pernah mudah jika apabila Ederson menyelamat­kan kita tidak fokus bila menentang bola rendah dengan selesa di pasukan seperti Arsenal. Kami sebelah kirinya. – AFP

 ??  ?? AUBAMEYANG
AUBAMEYANG
 ??  ?? REAKSI
REAKSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia