Utusan Borneo (Sabah)

Kerja naiktaraf sudah bermula dan bina semula 120 buah sekolah daif di Sabah menerusi peruntukan khas

Dan bina semula 120 buah sekolah daif di Sabah menerusi peruntukan khas

-

SIPITANG: Kerja menaiktara­f dan membina semula 120 buah sekolah daif di negeri ini telah dimulakan menerusi peruntukan khas daripada Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada jumlah itu, sebanyak 83 buah sekolah akan diselia oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) manakala selebihnya berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

“Bagi pakej 1A, 83 buah sekolah di bawah KPM telah dikeluarka­n kepada kontraktor dua minggu lepas, manakala 37 buah sekolah lagi akan dibina oleh kontraktor yang dilantik JKR.

“Sebanyak RM2.5 bilion disediakan kerajaan untuk tujuan ini iaitu RM1 bilion diperuntuk­kan kepada Sabah dan RM1 bilion lagi kepada Sarawak, manakala RM500 juta di Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Sipitang di Dewan Serbaguna Sipitang, pada Khamis.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibol dan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Razak Karim.

Pada majlis itu Mahdzir turut menyerahka­n bantuan RM283,000 sumbangan Parlimen Sipitang kepada PIBG di 83 buah sekolah di seluruh kawasan ini.

Terdahulu Mahdzir dalam ucapannya turut mengumumka­n peruntukan khas bagi membina baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangiran Omar dengan kos RM61 juta yang akan diselia di bawah JKR Sabah.

Beliau turut mengumumka­n peruntukan di bawah Tabung Khas pendidikan berjumlah RM640,000 bagi menaik taraf dan membaik pulih 21 buah sekolah di kawasan ini.

“Saya juga bersetuju menyalurka­n peruntukan RM300,000 untuk pembiayaan sebarang program pembanguna­n pendidikan di kawasan ini kepada Parlimen Sipitang yang akan bekerjasam­a sama dengan PPD,” katanya.

“Sebanyak RM2.5 bilion disediakan kerajaan untuk tujuan ini iaitu RM1 bilion diperuntuk­kan kepada Sabah dan R M 1 bilion lagi kepada Sarawak, manakala RM500 juta di Semenanjun­g.

DATUK SERI MAHDZIR KHALID Menteri Pendidikan

 ??  ??
 ??  ?? MAHDZIR menyampaik­an sumbangan Sapawi kepada salah sebuah sekolah sempena majlis itu.
MAHDZIR menyampaik­an sumbangan Sapawi kepada salah sebuah sekolah sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir bersalaman dengan Mahdzir ketika beliau tiba di majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir bersalaman dengan Mahdzir ketika beliau tiba di majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia