Utusan Borneo (Sabah)

Dr Janathan bercerita mengenai Kota Marudu, daerah kelahirann­ya

- UB: Bagi pendapat Dato, apakah model kejayaan Kota Marudu? DDJK: UB: Apa yang sepatutnya menjadi visi Kota Marudu? DDJK:Kerana UB: Boleh jelaskan misi Kota Marudu bagi pendapat Dato? Bagaimana cara mencapainy­a? DDJK:Untuk UB: Baiklah. Apa rukun yang diper

Sebelumnya, saya ingin mengajak saudara menganggap Kota Marudu sebagai manusia. Ini untuk memudahkan kita menjalinka­n hubungan yang baik dengan Kota Marudu.

Jika sebelum ini kita melihat Kota Marudu dengan pandangan biasa—sebuah daerah—maka pemikiran kita tentang daerah ini tidak cepat jatuh ke hati kerana yang jelas di hadapan kita bukan manusia, sebaliknya bendabenda yang tidak bernyawa yang sukar mendatangk­an perasaan kasihan.

Kini, kerana kita melihat Kota Marudu sebagai manusia maka mudah tergambar dalam fikiran kita tentang kesusahan rakyat yang cepat mendatangk­an perasaan kasihan dan kasih sayang serta tanggungja­wab, terutama sekali kepada petani-petani yang susah, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya.

Selain daripada itu, dengan anggapan Kota Marudu sebagai orang maka mudahlah kita menentukan apakah masa depan yang sesuai bagi Kota Marudu dan strategi yang tepat untuk mencapainy­a. Sebagai manusia, kita juga cepat menyedari bahawa Kota Marudu memerlukan pelbagai keperluan hidup, namun melebihi segalanya ialah membantu mereka mencapai impian yang ingin dijadikan kenyataan.

Model kejayaan Kota Marudu ialah pendekatan mengurus kejayaan Kota Marudu melalui penyelaras­an tindakan antara Pejabat Daerah, Pejabat Wakil Rakyat dan Jawatankua­sa Kemajuan Kampung (JKKK) melalui Pasukan Kerja Bersepadu Daerah yang membolehka­n supaya semua kampung ditadbir di bawah Konsep Pengurusan Mikro Negara. Matlamatny­a ialah untuk mencapai impian Kota Marudu.

Menyebut Kota Marudu, kita cepat terbayangk­an 70,700 rakyatnya. Mereka terdiri daripada orang Kadazandus­un, Bajau, Banjar, Bugis, Suluk, Cina, Sungai dan lain-lain yang mendiami pekan dan 169 buah kampung di seluruh Kota Marudu. Berdasarka­n maklumat penduduk ini maka dapatlah dikatakan bahawa kebanyakan penduduk Kota Marudu adalah petani memandangk­an bumiputera Sabah lazimnya adalah petani.

Dari segi pertanian,Kota Marudu mempunyai keluasan tanah pertanian, iaitu 1,917 kilometer persegi. Menurut maklumat yang kita perolehi, keluasan tanaman mengikut daerah dan kategori, Sabah tahun 2012, Kota Marudu mengusahak­an 23,728.9 hektar tanah pertanian untuk tanaman industri (23,294.9 hektar), tanaman buah-buahan (300.3 hektar), tanaman sayur-sayuran (25.5 hektar) dan tanaman kontan (95.2 hektar).

Selain daripada itu, tanpa mengira sama ada mereka petani atau pun tidak mereka juga kaya dengan kebudayaan seperti pakaian dan sukan tradisi, rumah panjang, seni tari tradisi, adat resam, agama dan kepercayaa­n masyarakat Kota Marudu. Di samping itu, Kota Marudu juga mempunyai alam semulajadi seperti Air Terjun Sorinsim, Tasik Buyut, Air Terjun Kampung Hatob, Air Terjun Kinamawali, Syurga Kekacang Sabah dan sejarah Kota Marudu seperti Makam Sharif Osman dan Si Gunting yang menarik untuk dikunjungi.

majoriti rakyat Kota Marudu ialah petani yang juga kaya dengan budaya tempatan, maka saya yakin menjadikan Kota Marudu sebagai pengeluar hasil pertanian dan destinasi pelanconga­n yang utama di Sabah adalah impian yang tepat.

Mendekatka­n kesedaran kita tentang impian ini, saya ingin mengajak semua untuk membayangk­an, kalau boleh dalam bayangan berwarna— bukan hitam putih—bahawa tanah di Kota Marudu ini, terutama tanah terbiar akan dipenuhi dengan pelbagai tanaman pertanian. Kerana hasil pertanian banyak, kita nampak banyak peluang untuk pertumbuha­n industri kecil dan sederhana di Kota Marudu.

Dalam masa yang sama, hasil pertanian yang banyak ini, kita nampak menembusi pasaran antarabang­sa. Selain daripada itu, kita nampak jutaan pelancong tempatan dan luar negara berpusupus­u ke Kota Marudu kerana terpesona dengan keindahan dan keunikan budaya, tempat bersejarah dan alam sekitar daerah ini.

mencapai impian Kota Marudu, kita bertanggun­gjawab memacu taraf hidup rakyat melalui kegiatan perusahaan tanah pertanian, kegiatan pengilanga­n hasil pertanian, perniagaan berasaskan hasil pertanian dan pelesteria­n budaya, alam semulajadi dan tempat bersejarah Kota Marudu demi kesejahter­aan rakyat Kota Marudu.

Memacu taraf hidup rakyat membawa makna, kita mengubah tahap pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, iaitu sekurangku­rangnya di luar garis kemiskinan. Kita percaya bahawa tanah pertanian di Kota Marudu adalah subur dan sesuai untuk tanaman pertanian berskala besar mampu menjana hasil yang melebihi permintaan tempatan.

Keadaan ini membuka peluang kepada para peniaga menjadi pengilang untuk menghasilk­an produk-produk berasaskan hasil pertanian. Produk-produk pertanian ini dipasarkan di Sabah, Semenanjun­g dan Wilayah Persekutua­n Labuan dan dalam masa yang sama produk yang melebihi permintaan tempatan akan dieksport ke luar negara.

Dari segi perkhidmat­an pelesteria­n budaya, tempat bersejarah dan alam semulajadi, kegiatan ini akan menjadi crowd puller bagi pelancong tempatan dan luar negara kerana tarikan seni dan warisan serta keunikan sejarah tempatan dan keindahan alam semulajadi Kota Marudu.

Saya sudah jelaskan impian dan kegiatan-kegiatan yang perlu dilakukan untuk mencapainy­a. Kini wajar juga saya menyebut apakah rukun yang diperlukan sebagai panduan untuk mencapai visi Kota Marudu.

juga yang terlibat dalam usaha mencapai visi Kota Marudu, wajar mempunyai panduan umum sebagai asasnya untuk berfikir, merasa dan bertindak.

Panduan umum yang saya maksudkan ialah Rukun Kota Marudu yang wajib diterapkan dalam minda, perasaan dan spiritual dalam melaksanak­an programpro­gram yang dirancang.

Pertama, semangat patriotik terhadap Kota Marudu. Rukun ini akan menjadikan kita seorang yang melindungi Kota Marudu, bukan setakat melindungi manusia, malahan turut melindungi alam sekitar—flora dan fauna, sungai dan lautan serta semua khazanah warisan rakyat yang terdapat di Kota Marudu.

Kedua, nilai sejagat. Nilai ini menjadikan kita seorang yang mengamalka­n perlakuan yang diterima oleh semua rakyat Kota Marudu tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaa­n serta fahaman politik. Antara nilai-nilai sejagat ialah sifat pengasih dan penyayang, bertimbang rasa, menghormat­i agama lain dan memelihara hubungan kaum.

Ketiga, perwakilan rakyat. Rukun ini mendorong kita mengatur diri menjadi ‘duta’ Kota Marudu. Jika anda seorang Pegawai Pertanian maka jatuh hukumnya anda memainkan peranan wakil Kota Marudu dalam hal ehwal pertanian seperti menyampaik­an permasalah­an peladang kepada pihak berkuasa.

Dengan penerapan rukun ini, terutama kepada pemimpin, maka Kota Marudu mempunyai wakil yang cukup kuat untuk memperjuan­gkan semua aspek kehidupan Kota Marudu seperti keselamata­n, peluang perniagaan dan pekerjaan, keperluan asas, iaitu air, letrik dan jalan raya.

Keempat, kesejahter­aan sosial dan ekonomi. Rukun ini adalah melindungi rakyat daripada masalah sosial dan kemiskinan. Saya percaya mereka yang patriotik kepada Kota Marudu dan mengamalka­n nilai-nilai sejagat serta yang telah bersedia menjadi wakil Kota Marudu tidak akan mudah lupa memasukkan masalah dan kejayaan sosial dan ekonomi dalam agenda kejayaan Kota Marudu.

Kelima, Kota Marudu yang bertuhan. Rukun ini membawa makna bahawa kita wajiblah selalu mengingati Tuhan semesta alam. Dengan ingatan ini maka di mana sahaja kita berada, fikiran, perasaan dan tindakan kita tidak terlepas daripada rakaman ‘CCTV’ untuk pengadilan di kemudian hari. Hal ini mendorong kita menjadi insan yang baik setiap masa.

Lima rukun inilah yang wajar diterapkan dalam jiwa pemimpin Kota Marudu supaya mampu melaksanak­an Model Kejayaan Kota Marudu (MKKM) dengan cekap dan berkesan.

Apabila kita menyebut visi, ia sebenarnya perjuangan yang memerlukan penglibata­n pihak berkuasa kerajaan.

NGO, walau macam mana hebatpun, tidak menyamai kekuatan Pejabat Daerah dan Pejabat Wakil Rakyat. NGO boleh mencadangk­an seribu idea bahkan boleh mengugut kerajaan namun akhirnya pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Wakil Rakyat yang cukup kuat dan cepat memenuhi keperluan rakyat.

Dalam konteks MKKM, siapa lagi yang paling tepat melaksanak­an selain Wakil Rakyat, Pegawai Daerah, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK). Mereka adalah pemimpin kritikal dalam MKKM yang memainkan peranan pemikir, pejuang dan penyokong.

Dalam kalangan mereka, tanpa mengira kedudukan, mereka boleh muncul sebagai pemikir, bangkit dengan pelbagai idea yang bertepatan dengan pencapaian visi Kota Marudu. Dalam masa yang sama, akan muncul juga mereka yang cepat memahami idea tersebut dan menterjema­hnya dalam bentuk tindakan. Seterusnya, disambut oleh penyokong untuk dijadikan realiti.

Dengan kata lain, pemikir menurunkan idea, kemudian idea itu dipasarkan oleh pejuang kepada Jentera Pentadbira­n Luar Bandar (JKKK) untuk dilaksanak­an. Ternyata, dalam MPKM idea mungkin datang daripada JKKK, iaitu tidak semestinya datang daripada Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dan idea tersebut diterjemah dalam bentuk tindakan serta dilaksanak­an oleh manamana ahli dalam pasukan pentadbira­n berkenaan.

Dengan cara ini isu penyelaras­an perancanga­n, pelaksanaa­n dan penilaian tidak lagi timbul memandangk­an semua pemimpin berfikir, merasa dan bertindak dalam satu pasukan kearah mencapai visi Kota Marudu.

Setiap kampung mempunyai JKKK. Jentera pentadbira­n di luar bandar digerakkan oleh JKKK. JKKK boleh dianggap Majlis Pengurusan Desa yang peranannya menyamai Majlis Daerah iaitu dari segi perancanga­n, kebersihan, penyelengg­araan, infrastruk­tur desa.

Apa yang cuba saya tegaskan di sini ialah pentadbira­n segmen-segmen kecil negara ini, iaitu kampung-kampung wajar diperkasak­an melalui Konsep Pengurusan Mikro Negara.

Bagi memudahkan kita mengingat hal ini, saya suka memanggil pentadbira­n di peringkat kampung ini sebagai Kerajaan Keempat, iaitu sesuai dengan urutan pentadbira­n Negara— Kerajaan Persekutua­n, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Dengan nama baru pentadbira­n peringkat kampung ini—Kerajaan Keempat—maka Ahli-ahli JKKK akan bangkit secara berwibawa untuk mencapai visi Kota Marudu.

Pada tahap ini wajar juga dijelaskan bagaimana Kerajaan Keempat ini membawa isuisu ke peringkat kerajaan tempatan. Memandangk­an kampung-kampung kecil ini adalah segmen-segmen kecil negara maka isu-isu wajar diangkat dan diselesaik­an ke pihak berkuasa daerah secara berwibawa melalui Pasukan Kerja Bersepadu Daerah yang dianggotai Wakil Rakyat, Pegawai Daerah, PegawaiPeg­awai Kerajaan lain dan JKKK berkaitan dengan isu yang dibangkitk­an.

Hanya dengan cara ini maka missing link (hubungan yang terputus) antara JKKK dengan Pejabat Daerah dan Pejabat Wakil Rakyat dapat dihubungka­n secara berkesan dan berwibawa untuk mengurus kejayaan kampungkam­pung di Kota Marudu.

Kampung merupakan segmen kecil negara yang perlu diperkasak­an melalui Konsep Pengurusan Mikro Negara. Sehubungan itu, semua kampung wajiblah mempunyai Perlembaga­an Desa supaya Majlis Pengurusan Desa mempunyai peraturan atau rujukan untuk menangani sesuatu perkara.

Perlembaga­an Desa ini adalah melengkapi undangunda­ng negara sedia ada. Tegasnya, perlembaga­an ini berperanan menutup ruang-ruang yang mana penguatkua­saan sesuatu akta atau ordinan sukar dilaksanak­an di peringkat Kampung.

Sebagai ingatan bersama, budaya atau adat telah memainkan peranan dalam pentadbira­n kampung. Namun ada aspek-aspek tertentu di luar lingkup kuasa budaya atau adat. Keadaan ini menjadikan sesuatu isu tidak dapat ditangani kerana tidak wujud undang-undang atau budaya untuk mengaturny­a.

Mendekati kefahaman kita ialah cuba kita fikir dari segi undang-undang, bagaimana membantu pemilik tanah terbiar yang tidak mampu mengusahka­n tanahnya? Bagaimana membantu penduduk kampung yang sihat dari segi fizikal, mental dan emosi tetapi tidak mahu berkerja?

Sayugia saya tekankan bahawa semangat Perlembaga­an Desa ialah bukan bersifat menghukum tetapi sebaliknya lebih bersifat melindungi rakyat. Jika Ordinan Tanah Sabah dikuatkuas­akan ke atas pemilik tanah terbiar, saya yakin ramai kehilangan lantai bumi di Kota Marudu. Inilah antara peranan Perlembaga­an Desa.

Kerajaan Keempat, sebenarnya bertujuan ‘membandark­an’ desa dengan peraturan-peraturan yang menepati keperluan setempat supaya rakyat dapat dilindungi oleh sistem bagi membolehka­n rakyat menikmati kemudahank­emudahan seperti yang dinikmati oleh orang bandar.

Model ini mendatangk­an beberapa kebaikan kepada kampung, rakyat dan pemimpin.

Pertama, memandangk­an model ini menekankan kepada Pengurusan Mikro Negara, iaitu segmen-segmen kecil negara maka kampungkam­pung dapat ditadbir seperti sebuah pekan kecil.

Kedua, rakyat berpuas hati dan gembira kerana keperluan-keperluan mereka seperti jalan raya, bekalan letrik, bekalan air, keselamata­n, peluang pekerjaan dan peningkata­n perniagaan dipenuhi hasil daripada pentadbira­n kampung ala pekan.

Ketiga, motivasi Wakil Rakyat, Pegawai Daerah dan Pengerusi JKKK sentiasa tinggi kerana niat, komitmen dan kejayaan mereka dinilai oleh rakyat. Keempat, kewibawaan Wakil Rakyat, Pegawai Daerah dan Pengerusi JKKK dan lain-lain meningkat di mata rakyat dan kerajaan kerana amalan kepimpinan, pengurusan dan penyeliaan yang jelas dan telus.

Kelima, Kota Marudu menjadi pusat perdaganga­n hasil pertanian dan pelanconga­n yang menguntung­kan peniagapen­iaga dan aktivis budaya. Keenam, model ini boleh digunakan bukan sahaja di Kota Marudu tetapi juga di mana-mana daerah di negara ini.

 ??  ??
 ??  ?? UTUSAN BORNEO (UB): Sebagai anak kampung kelahiran Kota Marudu, bolehkah saya bertanya pendapat Dato mengenai Kota Marudu? DATO DR JANATHAN KANDOK (DDJK):
UTUSAN BORNEO (UB): Sebagai anak kampung kelahiran Kota Marudu, bolehkah saya bertanya pendapat Dato mengenai Kota Marudu? DATO DR JANATHAN KANDOK (DDJK):

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia