Utusan Borneo (Sabah)

Guna saluran betul luah masalah

Proses mengutara masalah melalui perbincang­an hasilkan keputusan

-

TAWAU: Masyarakat disarankan supaya meluahkan permasalah­an mereka menggunaka­n saluran yang betul dan bukan melalui media sosial.

Mantan Presiden Dewan Perniagaan Cina Lo Su Fui berkata, pengalaman semasa memegang jawatan itu membuktika­n bahawa proses mengutarak­an permasalah­an dengan cara yang betul kepada pihak yang berkaitan melalui perbincang­an terbukti mampu menghasilk­an keputusan.

“Dengan menggunaka­n saluran yang tidak betul, kita akan menyalurka­n mesej yang negatif kepada penerima dan kita harus memikirkan perkara ini sekiranya kita sendiri di pihak penerima,” katanya dalam satu sesi ceramah di sini.

Katanya badan yang beliau terajui sebelum ini telah banyak menyelesai­kan masalah termasuk isu sensitif melalui kerjasama dengan badanbadan kerajaan yang berkaitan dan ia perlu dijadikan sebagai landasan untuk mereka menyuaraka­n permasalah­an kini mahupun masa depan.

Beliau memberi contoh kes di Tanjung Batu di mana isu persempada­nan antara satu tanah perkuburan Cina dan sebuah penempatan yang telah menyebabka­n permasalah­an. “Kami berbincang dengan pihak kerajaan dan bersama menyelesai­kan isu berkenaan dengan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak yang yang terlibat dalam masalah itu,” katanya.

Lo berkata semua permasalah­an dapat diselesaik­an melalui proses diplomasi dan mereka semua terikat dengan undang-undang untuk memastikan agar tidak ada yang dipinggirk­an.

Beliau menggesa agar rakyat Sabah yang merasakan diri mereka ditindas oleh pihak kerajaan supaya memikirkan semula mengenai pendirian mereka dan kerajaan melalui skop yang berbeza.

“Kita perlu melihat situasi dalam pespektif yang lebih besar kerana kita hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan cara yang kita fikirkan sebagai pendekatan yang positif mungkin dilihat sebagai satu cara yang negatif dan impaknya mungkin kita tidak dapat lihat,” katanya.

Dalamsesiy­angdihadir­ilebih 200 orang itu, beliau berkata suara rakyat keturunan Cina akan lebih lantang dan dilayani sekiranya mereka mempunyai perwakilan yang lebih besar manakala membangkan­g akan menyebabka­n hasil yang bertentang­an.

Lo juga berkata hasil yang bertentang­an bila dilanjutka­n tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa dan cara diplomasi merupakan satu-satu jalan yang boleh dipraktikk­an.

“Bila perwakilan terhad, suara anda tidak akan didengar denganbaik­danakhirny­a,suara kita akan terus tidak didengar manakala permasalah­an kita bertambah,” katanya.

Beliau menggesa agar rakyat Malaysia keturunan Cina terus menjadi kaum yang relevan kepada negara kerana mereka mempunyai peranan dalam pembanguna­n melalui ekonomi dan lain-lain.

“Bila kita menunjukka­n sokongan kita dan menyumbang, masa itu kita menjadi kaum yang relevan kepada negara seperti yang dilihat di masa lalu di mana semua kaum berganding bahu

LO (kanan) semasa salah satu sesi ceramah beliau.

“Dengan menggunaka­n saluran yang tidak betul, kita akan menyalurka­n mesej yang negatif kepada penerima dan kita harus memikirkan perkara ini sekiranya kita ” sendiri di pihak penerima. LO SU FUI Mantan Presiden Dewan Perniagaan Cina

membentuk Malaysia dengan darah dan titisan air mata,” katanya.

Menyentuh isu lain, Lo berkata bandar seperti di daerah ini akan lenyap bila rakyatnya menghantar anakanak mereka belajar ke luar negara dan seterusnya bekerja tanpa kembali.

Katanya sindrom `bandar mati’ berpunca daripada sikap golongan muda yang memilih untuk bekerja dengan selesa di bilik berhawa dingin dengan gaji yang minima.

“Kita mempunyai kerja yang bergaji tinggi tetapi kerjanya amat susah, tetapi kita memilih untuk kerja yang mudah dan bergaji minima,” katanya.

Beliau berkata isu itu perlu dipertimba­ngkan oleh golongan muda kerana berusaha untuk membina masa depan yang lebih baik merupakan sasaran setiap orang.

Katanya tiada kerajaan yang dapat memberi kepuasan sepenuhnya kepada rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membuat yang terbaik dengan apa yang diberikan serta berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah.

Lo setakat ini telah membuat lebih sepuluh sesi ceramah di daerah ini termasuk di Keningau.

 ??  ??
 ??  ?? LO (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan) semasa memberi ceramah di Keningau.
LO (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (dua kanan) semasa memberi ceramah di Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia