Utusan Borneo (Sabah)

SMK Lajau lancar Program Nilam

-

LABUAN: Majlis Pelancaran Program Nilam SMK Lajau 2018 ‘1Hari 1Buku’ telah diadakan dengan kerjasama semua ahli jawatankua­sa yang dilantik pada Selasa.

Majlis itu telah dimulakan dengan rutin perhimpuna­n sekolah iaitu lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera, bacaan ikrar, bacaan doa dan seterusnya majlis pelancaran.

Pusat Sumber Sekolah berkolabor­atif dengan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi merealisas­ikan hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam melaksanak­an program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.

Selain itu, program bertujuan membudayak­an sikap rajin membaca dalam kalangan pelajar di samping meningkatk­an kemahiran berbahasa serta menggunaka­n Pusat Sumber Sekolah sebagai wahana ilmu yang berkesan.

Oleh itu, program Nilam berkenaan bakal dijalankan sepanjang tahun 2018.

Gimik perasmian majlis diadakan dengan penyerahan penanda perasmian kepada Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Lajau Nur Ain Mohammed selaku perasmi majlis yang dibawa oleh seorang pesilat Melayu diiringi oleh seorang pesilat lelaki dan dua dayang istana yang diiiringi irama gamelan.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Nur Ain menegaskan bahawa membaca menjadi tonggak utama dalam pelaksanaa­n pembelajar­an dan pengajaran (PdP).

Sehubungan itu katanya, murid perlu membina amalan membaca dan menjadikan sikap suka membaca bagi menjana idea yang kreatif dan inovatif.

“Dalam erti kata lain, membaca dapat meningkatk­an maklumat dan bakal meningkatk­an taraf hidup pelajar serta menjadi aset negara yang tidak ternilai.

Beliau berkata kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaia­n.

Usaha itu katanya, bertujuan mencungkil bakat bagi memperkasa­kan Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah bertindak sebagai penyumbang utama.

Beliau juga menyaranka­n agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustaka­an untuk mengikuti aktivitiak­tiviti yang dijalankan.

“Majlis ini adalah titik permulaank­epadapemup­ukan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

“Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentinga­n membaca serta melahirkan pelajar yang berketramp­ilan serta berdaya

NUR AIN melancarka­n Program Nilam SMK Lajau 2018 1Hari 1Buku.

saing dalam menimba ilmu,” katanya yang mewakili Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip.

Majlis itu telah diungkayah­kan oleh Guru Perpustaka­an dan Media SMK Lajau Yaakub Aji.

 ??  ??
 ??  ?? KAIN rentang program Nilam SMK Lajau 2018.
KAIN rentang program Nilam SMK Lajau 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia