Utusan Borneo (Sabah)

Sokong anak-anak hingga ke menara gading

Sokongan kewangan, moral perlu disedia ibu bapa yang mahu lihat anak lanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi

-

MUKAH: Ibu bapa harus mempunyai persediaan awal sebelum anak-anak mereka menjejakka­n kaki ke menara gading.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sokongan kewangan serta moral perlu disediakan ibu bapa yang mahu melihat anak mereka melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Dari segi kewangan, ibu bapa perlu sediakan tabungan untuk masa depan anak-anak,” katanya semasa berucap pada Program Outreach Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Penyampaia­n Sumbangan Murid Tahun 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat, di sini baru-baru ini. DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Menurutnya, daripada aspek tabungan awal, tidak dinafikan pada permulaann­ya agak sukar namun harus disegeraka­n dan berbaloi untuk masa depan anak-anak.

“Mungkin akan rasa berat atau susah pada mulanya tetapi percayalah ia akan menjadi penyelamat suatu hari kelak apabila anak-anak memerlukan­nya,” jelasnya.

Dari segi sokongan moral pula, persediaan untuk menyumbang tenaga dan mendidik serta mengasuh anakanak dari peringkat awal juga perlu.

“Tanamkan keyakinan dalam diri anak-anak dan sokong apa sahaja program yang dirancang di peringkat sekolah mahupun di peringkat pejabat pendidikan daerah,” ujarnya.

Namun beliau menegaskan, penekanan tidak harus hanya dalam aspek akademik sebaliknya perlu diimbangi dengan kecemerlan­gan dalam kokurikulu­m juga.

Seramai 156 pelajar daripada sekolahsek­olah di daerah Dalat bersetuju untuk membuat tabungan serta simpanan PTPTN.

Pada majlis itu, 35 pelajar juga hadir untuk menerima sumbangan RM40 bagi permulaan akaun Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSPN1M) sumbangan Yayasan Pendidikan Dalat dan RM10 lagi daripada ibu bapa masing-masing.

Ibu bapa akan menambah simpanan sehingga ia menjangkau RM500 dan ketika itu RM500 akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaum mereka oleh pihak kerajaan.

“Dari segi kewangan, ibu bapa perlu sediakan tabungan untuk masa depan anak-anak. ”

 ??  ?? FATIMAH (dua kanan) menyempurn­akan upacara simbolik menyerahka­n wang simpanan permulaan untuk akaun SSPN1M.
FATIMAH (dua kanan) menyempurn­akan upacara simbolik menyerahka­n wang simpanan permulaan untuk akaun SSPN1M.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia