Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal digalak lengkapi diri dengan kemahiran ICT

-

MUKAH: Golongan ibu tunggal harus melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran bagi memudahkan mereka menyara kehidupan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pengetahua­n asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu golongan ini menambah pendapatan isi rumah.

“Pengetahua­n asas dalam ICT sebenarnya bakal banyak membantu terutama golongan ibu tunggal dalam memasarkan produk mereka,” katanya semasa berucap pada pelancaran Kursus Kemahiran ICT Bagi Golongan Ibu Tunggal Siri 2/2018, baru-baru ini.

Menurutnya, kebanyakan ibu tunggal terutama di kawasan Dalat sudah mempunyai kemahiran dalam menghasilk­an produk namun dihantui kekangan lain terutama dalam aspek pemasaran.

Dalam aspek ini, penggunaan media baharu seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp dapat membantu mereka menjual produk.

“Penggunaan teknologi baharu untuk memasarkan produk ini juga bagi mengelakka­n pembaziran sama ada dibuat melalui pesanan sahaja atau akan dibeli habis oleh para pembeli,” jelasnya.

Selain itu, penyediaan tapak perniagaan khas untuk golongan ini akan cuba dibina di tapak pekan Sabtu Oya.

“Sekurang-kurangnya, mereka mempunyai platform di mana produk yang dihasilkan mudah dan senang dijual kepada masyarakat sekitar,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia