Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki diberkas bersama kereta curi

-

MIRI: Kepekaan orang awam dalam membantu polis membantera­s jenayah membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta petang Rabu.

Suspek masing-masing berusia 31 dan 36 tahun dari Jalan Kampung Lopeng dan Bandar Baharu Permyjaya ditangkap kira-kira jam 3 petang setelah disyaki terlibat dalam kes kehilangan kereta di Bakong pada 24 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n penahanan kedua-dua suspek terbabit.

“Tangkapan semula dibuat anggota polis Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) di tepi jalan lampu isyarat Taman Tunku selepas menerima maklumat dari pusat gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

“Setibanya di lokasi, seorang orang awam berusia 29 tahun menyerahka­n kedua-dua suspek bersama kereta yang dipercayai dicuri,” katanya.

Kedua-dua suspek dan kereta tersebut kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Polis masih menjalanka­n siasatan ke atas kedua-dua suspek yang bakal didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 24 Februari lalu, seorang wanita, 37, berputih mata apabila keretanya yang diparkir di tepi jalan menuju ke Rumah Aji, Sungai Selepin Bawah dekat Bakong hilang, dipercayai dicuri.

Difahamkan, turut hilang beberapa dokumen penting milik mangsa dan dianggarka­n mangsa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat kehilangan kereta tersebut.

 ??  ?? KEDUA-dua suspek (tengah) ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.
KEDUA-dua suspek (tengah) ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia