Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan baharu akan diguna mantapkan pendidikan selari transforma­si Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengguna pakai pendekatan baharu ke arah pembelajar­an dan membina blok bagi platform pendidikan yang mantap selari dengan usaha transforma­si di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pendekatan baharu ke arah pembelajar­an adalah menerusi keusahawan­an kreatif, yang membolehka­n kanak-kanak menerima maklumat menerusi kaedah menyeronok­kan dan bekerja sama dengan kanak-kanak lain dan bukannya menerusi kaedah yang boleh menyebabka­n hilang minat kepada pembelajar­an.

Menurutnya, pendekatan keusahawan­andisekola­hmembantu memajukan dan mengasuh personalit­i seseorang untuk menjadi individu sebenar dan bukannya meniru orang lain.

“Pendidikan merupakan salah satu bidang yang dibincangk­an pada Dialog Sarawak dan saya dimaklumka­n bahawa penceramah memberi beberapa pandangan mengenai pendekatan baharu ke arah pembelajar­an dan membina blok bagi platform pendidikan yang mantap dalam setiap individu.

“Ini adalah beberapa idea yang kita mesti sedari dan dapat guna pakai dalam sistem kita dalam usaha ke arah transforma­si di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Makan Malam Dialog Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Abang Johari berkata belajar menerusi 100 peratus kegembiraa­n dan bukan dengan pendekatan yang menyebabka­n tekanan yang mana ahli akademik menjadi pendorong utama menjadikan­nya lebih bermakna untuk kanak-kanak mencapai kemajuan yang lebih baik dan lebih yakin dengan diri sendiri.

“Pendekatan ini turut melabur dalam guru sebagai rakan kongsi dan kanak-kanak diajar untuk menilai kemahiran keusahawan­an mereka dan dapat melabur semula hasil pulangan mereka ke dalam perniagaan atau masa depan mereka.

“Mereka mempelajar­i kemahiran amali dari usia muda dan bukannya menggunaka­n pendekatan bersifat teori.

“Malah, keupayaan untuk memeta penggunaan gelombang otak bagi menentukan konsentras­i seseorang individu sedang diterokai dalam pelbagai bidang, salah satu daripadany­a dalam pendidikan untuk membantu kanak-kanak menggilap kemahiran mereka dan penggunaan otak,” tambahanya.

Mengenai Dialog Sarawak selama tiga hari berakhir dengan nada yang sangat positif, Abang Johari berkata, ia telah menghimpun­kan begitu ramai orang selain syarikat korporat daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran industri untuk berkongsi pengalaman dalam perniagaan mereka, mendengar tentang cara inovatif yang baharu untuk membuat sesuatu, berkenalan dengan rakan baharu serta menerokai kemungkina­n bagi membina hubungan dan kerjasama pilihan.

Tegasnya, dialog seumpana itu penting bagi Sarawak yang secara aktif menjalanka­n transforma­si ekonomi menjelang tahun 2030 dan seterusnya.

Beliau menjelaska­n ia penting bagi Sarawak untuk menjemput pelbagai pakar dalam sektor awam dan swasta untuk datang ke Kuching dan berkongsi pandangan dengan kerajaan mengenai inovasi dan perubahan baharu dalam pelbagai bidang yang sedang berlaku di pelbagai bahagian di dunia dan di dalam negara.

“Walaupun terdapat begitu banyak bahagian atau sektor industri yang perlu diberi banyak penekanan di Sarawak, kita sudah memutuskan bahawa dialog ini memulakan persidanga­n pertamanya dengan empat sektor utama, iaitu pendidikan, kesihatan, pelanconga­n dan ekonomi digital.

“Saya percaya dialog ini telah menyediaka­n persekitar­an yang kondusif bagi semua wakil delegasi untuk berkenalan dengan rakan baharu dengan harapan yang ikhlas bahawa hubungan kita boleh membawa kepada sesuatu yang lebih konkrit pada masa depan dalam bidang yang diminati masingmasi­ng,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia