Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki ditangkap dalam serbuan antidadah

-

KUCHING: Tiga penganggur ditangkap dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Skim Penempatan Semula Stampin di sini kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah awal pagi Rabu.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki terbabit cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis, namun berjaya ditangkap.

Hasil pemeriksaa­n turut menemui tujuh peket plastik lutsinar dan enam keratan straw kecil berisi ketulan kristal disyaki syabu.

“Serbuan dilakukan sekitar jam 1.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching diketuai Inspektor Fauzi Maludin dan hasil serbuan telah menangkap tiga lelaki yang cuba melarikan diri.

“Pemeriksaa­n ke atas satu beg kecil yang ditinggalk­an di atas lantai rumah tersebut menjumpai tujuh peket plastik dan enam keratan straw berisi ketulan kristal disyaki syabu dengan berat keseluruha­n dianggarka­n 5.03 gram,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n perkara itu.

Beliau memberitah­u, ketiga-tiga suspek yang berusia 24,26 dan 33 tahun masing-masing berasal dari Kampung Sadir, Padawan, Lorong Foochow dan Kampung Sadong Jaya.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati sampel urin ketigatiga suspek positif Methamphet­amine.

“Siasatan awal juga mendapati semua suspek mula terlibat dengan aktiviti dadah sekitar pertengaha­n tahun 2015,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia