Utusan Borneo (Sabah)

Dua suspek samun dicekup

-

KUCHING: Sepucuk pistol buatan sendiri bersama dua butir peluru berjaya dirampas daripada dua lelaki disyaki terlibat dengan beberapa kes samun di sekitar bandar raya ini dan Kota Samarahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Tabuan Height di sini, malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, dalam serbuan diketuai ASP Shuib Abdul Samat sekitar jam 9.30 malam itu pihak polis terpaksa memecah masuk rumah tersebut selepas kedua-dua suspek enggan memberi kerjasama.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 27 dan 34 tahun itu turut cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

“Penghuni rumah enggan membuka pintu menyebabka­n kekerasan terpaksa digunakan untuk memecah pintu utama rumah itu.

“Kedua-dua suspek bagaimanap­un cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditangkap selepas itu.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam rumah berjaya menemui sepucuk pistol buatan sendiri bersama dua butir peluru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Dev berkata, kedua-dua suspek masingmasi­ng mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes-kes curi dan dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui penglibata­n mereka dalam beberapa kes samun di Kota Samarahan dan Kuching.

“Selain itu, usaha juga akan diteruskan untuk mengesan dan menangkap rakanrakan sejenayah mereka,” kata Dev yang turut memberitah­u kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 5 Mac ini untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? PISTOL yang dirampas daripada kedua-dua suspek.
PISTOL yang dirampas daripada kedua-dua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia