Utusan Borneo (Sabah)

Maxis lantik Robert Nason sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim

-

KUALA LUMPUR: Maxis hari ini mengumumka­n bahawa pihak Lembaga Pengarah telah melantik Robert Nason sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif interim berkuatkua­sa 1 April 2018.

Beliau akan kekal dalam jawatan ini sehingga Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu dilantik.

Robert telah dilantik ke Lembaga Pengarah Maxis pada tahun 2016 sebagai Pengarah Bebas.

Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankua­sa Audit dan Jawatankua­sa Transforma­si Perniagaan & IT.

Dengan pelantikan ini, Robert akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Audit dan juga jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Transforma­si Perniagaan & IT tetapi akan terus menjadi ahli.

Perubahan ini berkuatkua­sa mulai 2 Mac 2018.

Robert telah bersara dari Telstra Corporatio­n pada tahun 2015 selepas lima setengah tahun menerajui transforma­si utama operasinya.

Peranannya di Telstra termasuk penyertaan secara aktif dan berterusan dalam Jawatankua­sa Tinjauan Prestasi Unit Perniagaan, Jawatankua­sa Strategi, Jawatankua­sa M&A, Jawatankua­sa Pengurusan Pelaburan Modal, Jawatankua­sa Pertumbuha­n, Jawatankua­sa Advokasi Pelanggan dan Jawatankua­sa Risiko.

Beliau pernah menjadi Pengerusi dan Pengarah Foxtel Pty Ltd dari tahun 2012 hingga Februari 2017.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah kepada pelbagai Syarikat/Lembaga Pengarah di Australia dan di tempattemp­at lain dari tahun 2003 hingga 2010.

Pengalaman globalnya termasuk bekerja di Amerika Syarikat dan UK serta pengalaman luas dalam projek transforma­si bagi pelbagai syarikat di Asia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Robert memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) - Royal Melbourne Institute of Technology. Beliau adalah ahli CPA Australia dan ahli Institut Pengarah-Pengarah Syarikat Australia.

Lembaga Pengarah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada Morten Lundal diatas sumbangan dan perkhidmat­annya kepada Maxis.

Ia merupakan satu perjalanan yang menarik dengan Morten dan kami telah mencatat pelbagai pencapaian dibawah kepimpinan­nya.

Hari ini, Maxis berada dalam kedudukan yang kukuh dengan saham pasaran yang lebih tinggi, pelanggan yang lebih gembira dan kakitangan yang lebih bersemanga­t.

Semua ini akan membantu Maxis meneruskan momentum ke arah 2018 dan seterusnya menjadi pengupaya digital.

Maxis akan membuat pengumuman mengenai Ketua Pegawai Eksekutif baharu pada masa yang sesuai.

 ??  ?? ROBERT NASON
ROBERT NASON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia