Utusan Borneo (Sabah)

Maybank IB senaraikan dua prospek makro pada Mac

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyenarai­kan mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 6 dan 7 Mac, serta Laporan Tahunan BNM 2017 yang dikeluarka­n pada 27 Mac ini sebagai dua prospek makro pada Mac.

Firma itu berkata, kedua duanya adalah dalam jangkaan bahawa Parlimen mungkin dibubarkan pada Mac selepas sesi keenam persidanga­n Parlimen ke-13 (5 Mac hingga 8 April), dengan cadangan persempada­nan semula bahagian pilihan raya oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya boleh dibentangk­an untuk kelulusan.

Pembubaran Parlimen itu akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Dalam nota semalam, Maybank IB menjangkak­an tiada lagi kenaikan bagi kadar dasar semalaman (OPR) pada 2018 selepas kenaikan 25 mata asas kepada 3.25 peratus daripada 3.00 peratus pada 25 Jan tahun ini.

“Kecuali makro domestik mengejutka­n lagi dengan prestasi menaik,” menurut firma itu,

Mengenai Laporan Tahunan BNM 2017, firma penyelidik­an tersebut turut menjangkak­an ia memberi lebih banyak sokongan untuk unjuran makro bagi 2018.

Berkaitan unjuran pula, Maybank IB berkata pihaknya menaikkan sasaran KLCI akhir 2018 kepada 1,880 mata daripada 1,840 mata yang ditetapkan sebelum ini.

“Pelaporan keputusan kewangan suku keempat 2017 mengesahka­n kesinambun­gan perolehan teras pasaran pada 2017, dan keyakinan bahawa momentum pertumbuha­n berkenaan akan berterusan pada 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia