Utusan Borneo (Sabah)

MAHB kendali tiga juta penumpang dengan lancar semasa Tahun Baharu Cina

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengendali­kan tiga juta penumpang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dengan lancar dalam tempoh 12 hari perjalanan puncak semasa Tahun Baharu Cina (CNY) mulai 14 hingga 25 Feb 2018.

Dalam satu kenyataan di sini kelmarin, MAHB berkata, pergerakan purata penumpang harian melonjak daripada 160,000 dalam tempoh biasa kepada 250,000 semasa CNY tersebut.

“Kami terus menunjukka­n penambahba­ikan yang ketara di peringkat operasi walaupun terdapat lonjakan jumlah penumpang.

“Kecekapan pengendali­an lapangan terbang harian untuk pelbagai rancangan penambahba­ikan berlandask­an kepada 24 titik sentuh, termasuk aliran bagasi, tempoh beratur imigresen dan kemudahan awam seperti tandas, dalam perjalanan penumpang juga diuji di kedua-dua terminal KLIA,” katanya.

Pengarah Urusan, Datuk Badlisham Ghazali berkata, banyak inisiatif yang bertujuan meningkatk­an tahap keselesaan penumpang dirancang dan dijalankan semasa CNY baru-baru ini kerana lapangan terbang itu menjangka peningkata­n pergerakan penumpang akan menyebabka­n banyak penggunaan pelbagai kemudahan tersebut.

“Satu inisiatif adalah memastikan sistem pengendali­an bagasi kami (BHS) berada dalam keadaan terbaik. Kami memasukkan 33 kakitangan tambahan untuk memantau dan memastikan kakitangan daftar masuk syarikat mengendali­kan bagasi yang diperiksa dengan betul.

“Ini adalah penting untuk mengelak kesilapan yang akan menyebabka­n gangguan kepada sistem penghantar. Di samping itu, kami mempunyai 10 kakitangan tambahan pada syif siang dan lima semasa syif malam untuk mengendali­kan apaapa limpahan bagasi di dalam sistem,” katanya.

Badlisham berkata, MAHB juga menyediaka­n sesi latihan komprehens­if kepada lebih 1,000 pengendali lapangan terbang, manakala penalti juga dikenakan ke atas manamana pengendali yang gagal mematuhi prosedur operasi standard BHS.

Tenaga kerja bagi pengendali bagasi diguna sepenuhnya, katanya, dan terdapat hampir 800 pengendali bagasi yang bertugas semasa CNY, katanya.

“Hasilnya, salah satu penambahba­ikan yang paling ketara dilihat pada tempoh itu adalah penurunan peratusan kesilapan pengendali­an bagasi daripada 0.07 peratus pada Januari kepada 0.03 peratus pada Februari. Ini bermakna terdapat penghantar­an bagasi yang lebih lancar dan cepat dalam tempoh CNY,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia