Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Lela pertaruh lagu ‘single’ baharu ‘Aku Bukan Untukmu’

-

KUMPULAN Lela yakin lagu ‘Aku Bukan Untukmu’ dapat menandingi lagu ‘Bidadari’ yang telah mengharumk­an nama kumpulan itu pada awal 1990-an.

Vokalis baharu kumpulan itu, Hengky, berkata kumpulanny­a yakin peminat akan terus memberi sokongan kepada usaha terbaharu itu.

Lela, yang kini dianggotai oleh Hengky dari Jakarta, Din Omar (gitar), Luthfi (gitar utama), Apex (keyboard) dan Lan (drum), muncul dengan album baharu mereka berjudul ‘Lela Reborn’ yang dijangka dilancarka­n selewat-lewatnya pertengaha­n tahun ini .

Hengky berkata lagu ‘Aku Bukan Untukmu’ mengisahka­n hubungan cinta tanpa restu orang tua hasil nukilan komposer Zul 2By2.

Hengky, yang menyertai kumpulan itu setahun lepas, yakin lagu itu dapat menaikkan nama kumpulan itu kerana ia telah pun mendapat tempat di Indonesia.

“Kami keluarkan album ini pada akhir 2017 dengan mempertaru­hkan lima lagu baharu dan dua lagu minus one ‘Aku Bukan Untukmu’ dan ‘Dalam Diam’.

“Selain itu, kami menyiarkan video klip dalam Youtube dan Vevo,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini, baru-baru ini.

Walaupun sudah lama menyepi, Din selaku ketua kumpulan berkata mereka masih aktif bermain muzik selain berkarya dan turut membuka studio sendiri.

Menyedari perubahan yang ketara dalam dunia muzik, beliau berkata Lela perlu melipatgan­dakan usaha untuk mendapat kembali sokongan dari peminat terhadap lagu mereka.

“Kami ambil masa yang lama untuk mengeluark­an album baharu selepas 2002 dengan menampil muzik rock yang mempunyai kelainan dan lebih bertenaga.

“Album ini adalah idea kami sekumpulan...untuk mengeluark­an sesuatu (lagu) yang segar seiring keinginan pendengar masa kini,” katanya.

Sementara itu, penerbit dan pengurus kumpulan itu, Fauzi Omar berkata album terbitan Universal Muzik itu bakal dilancarka­n sebelum Aidilfitri. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? HENGKY
HENGKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia