Utusan Borneo (Sabah)

108 pelajar terima bantuan awal persekolah­an

- Oleh HAMZAH SANUDIN menyampaik­an bantuan awal persekolah­an.

SEMPORNA: Seramai 108 pelajar SK Kalumpang telah menerima bantuan awal persekolah­an yang telah disempurna­kan oleh Datin Hjh Sarimah Hj Busuran, isteri kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marhaban, di sini pada Rabu.

Sarimah berkata, kerajaan menerusi Bajet 2018 telah mengumumka­n bantuan awal persekolah­an sebanyak RM100 untuk diagihkan kepada 5.4 juta pelajar di seluruh negara yang layak.

“Di SK Kalumpang sahaja, sebanyak RM10,800 di mana seramai 108 pelajar layak menerima bantuan awal persekolah­an ini bagi meringanka­n bebanan ibu bapa dalam menyediaka­n peralatan persekolah­an.

“Kerajaan telah menyediaka­n banyak bantuan kepada rakyat yang berpendapa­tan rendah di bawah RM3,000, bukan sahaja bantuan persekolah­an ini tetapi ibu bapa juga layak menerima BR1M,” katanya.

Guru Besar SK Kalumpang Kamul Kamarudin berkata,

SARIMAH

Kerajaan Malaysia pada hari ini sememangny­a kerajaan yang prihatin dan memahami keadaan rakyatnya kerana banyak bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat yang memerlukan.

“Jika dibandingk­an dengan negara jiran kita, Malaysia dilihat sebuah kerajaan yang paling banyak menyediaka­n bantuan melalui bajet negara dan ini menunjukka­n kerajaan hari ini telah menunaikan janjinya kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an kepada ibu bapa yang hadir agar tidak memberikan telefon bimbit kepada anak mereka kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang sekolah tetapi banyak kesan negatif daripada positif apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Katanya, pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin dan berharap ibu bapa peka terhadap peraturan sekolah.

“Ibu bapa juga disarankan selalu memberi perhatian kepada anak masing-masing dalam pendidikan di rumah kerana peranan ibu bapa sangat penting dalam merealisas­ikan sasaran sekolah untuk lulus 100 peratus dalam UPSR,” katanya.

Di majlis itu juga, Sarimah menerima permohonan pihak SK Kalumpang menjadi sekolah angkat.

 ??  ??
 ??  ?? SARIMAH bergambar kenangan bersama para pelajar yang menerima bantuan.
SARIMAH bergambar kenangan bersama para pelajar yang menerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia