Utusan Borneo (Sabah)

42 warga SK Losou Podi realisasi Program Jelajah Sabah

-

KOTA BELUD: Seramai 42 warga SK Losou Podi termasuk tujuh kanak-kanak telah merealisas­ikan Program Jelajah Sabah 2018 SK Losou Podi Berani Bersaing selama empat hari sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua pemandu arah yang juga Guru Besar SK Losou Podi Selip Magaling berkata, antara tempat-temapt yang telah dikunjungi bermula dari Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, SandakanLa­ha Datu, Gua Madai Kunak, Tawau, Kalabakan, Meliau Basin, Sapulut, Sook, Keningau, Tambunan dan Ranau.

Katanya, setelah menjelajah sejauh hampir 2,000 kilometer, rombongan itu telah selamat kembali ke Kota Belud pada malam hari terakhir.

Objektif program adalah menimba ilmu pengetahua­n berdasarka­n pengalaman semasa, mengeratka­n silaturahi­m antara staf sekolah dan masyarakat luar serta menanamkan sikap pemanduan yang berhemah semasa di jalan raya dan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik di sepanjang laluan.

“Kami memilih Dataran Kota Belud untuk tempat berkumpul seawal jam 6 pagi dan sempat merakam gambar sebagai titik permulaan sebelum rombongan kami bertolak ke Pitas melalui Kota Marudu.

“Malam pertama, kami menginap di Hotel Four Point Sandakan dan malam kedua di Hotel Shervinton Tawau di mana kos keseluruha­n program ini termasuk makan dan minum melebihi RM10,000,” katanya.

Menurut Selip, Program Jelajah Sabah 2018 SK Losou Podi Berani Bersaing itu telah memilih Sarawak sebagai destinasi penjelajah­an di masa hadapan, manakala sepanjang penjelajah­an yang telah dirakam itu akan disimpan sebagai dokumenter­i sejarah dan rujukan untuk warga SK Losou Podi.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Losou Podi Maulana Pit melahirkan rasa bangga kerana program itu telah memberikan peluang buat kali pertama kepadanya mengunjung­i lokasi pelanconga­n dan daerah-daerah pantai barat utara serta pedalaman Sabah.

Beliau cukup tertarik dengan panorama bangunan bersejarah yang masih terpelihar­a di setiap daerah yang mereka kunjungi termasukla­h Gua Madai di Kunak.

Pembantu ketua arah Saifol Japar yang berasal dari Kota Kinabalu berkata, ketika tiba di Hotel Shervinton Tawau mereka disambut ejen pelanconga­n dan dibawa ke hotel penginapan.

Keesokannn­ya, beliau membawa isterinya Ellystence­y bersama dua anak mereka Cahaya Mikayla dan Satria Mikayil untuk melihat bangunan bersejarah yang terdapat di Bandar Tawau.

 ??  ?? SELIP
SELIP
 ??  ?? PARA peserta jelajah menikmati panorama di Gua Madai Kunak.
PARA peserta jelajah menikmati panorama di Gua Madai Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia