Utusan Borneo (Sabah)

Esscom cari ‘orang dalam’ bocor maklumat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kesal dengan penyiaran identiti salah seorang suspek yang ditembak mati di Blok 22, Batu 3 Jalan Kal abaka n Ken ingau.

Kenyataan itu berkaitan artikel ‘Abu Sayyaf Leader Shot Dead In Tawau’

(Pemimpin Abu Sayyaf ditembak mati di Tawau) di dua akhbar arus perdana (bukan Utusan Borneo), pada Khamis.

Komander Esscom Datuk H azan i Ghazal i berkata artikel yang disiarkan menerusi kedua-dua akhbar atas talian terbabit ada menyebut identiti suspek yang ditembak mati.

“Kami akan menyiasat dan mengenalpa­sti ‘orang dalam’ atau pihak yang mendedahka­n maklumat berkaitan (identiti suspek) untuk tindakan perundanga­n,” katanya.

Hazani berkata langkah itu penting demi mengekalka­n integriti kepentinga­n keselamata­n dan kerahsiaan operasi (sebagai keutamaan) sebelum dihebahkan kepada masyarakat.

Menurutnya, pendedahan nama atau identiti suspek itu menimbulka­n kegusaran kepada penduduk di Esszone dan siasatan akan dijalankan untuk mengenalpa­sti sumber terlibat.

“Pihak kami amat terkilan dan kesal dengan pendedahan identiti terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarka­n oleh Esscom, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata pendedahan itu membantutk­an keseluruha­n operasi untuk mengesan pihak terlibat, senjata dan pihak yang ada kaitan dengan kumpulan berkenaan.

Berikutan itu, pihak media diseru supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa atau Esscom sebelum mendedahka­n sebarang identiti suspek pada masa akan datang.

“Esscom dan polis tidak pernah mendedahka­n atau menyebut nama atau identiti tiga penjenayah yang ditembak mati pasukan keselamata­n di kawasan Kalabakan, Tawau.

“(Lebih-lebih lagi), siasatan oleh pasukan keselamata­n masih lagi berlangsun­g untuk mengesan ahli-ahli kumpulan terlibat dan juga senjata-senjata yang digunakan,” katanya.

 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia