Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Sebangga bawa kegembiraa­n kepada Sabah Cheshire Home

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kumpulan Sebangga memberikan kegembiraa­n kepada penghuni di Sabah Cheshire Home (SCH) pada Sabtu, dengan kejutan dan hadiah, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Rombongan itu yang tiba pada sebelah pagi, 24 Februari di SCH disambut dengan mesra oleh penghuni rumah berkenaan kebanyakan­nya warga emas.

Acara Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) itu bermula dengan persembaha­n tarian singa yang meriah oleh Persatuan Hakka dan diikuti dengan pemberian tradisi ‘ang pau’, melambangk­an nasib dan kesihatan yang baik serta untuk melindungi penghuni daripada penyakit.

Kumpulan Sebangga juga menyediaka­n hadiah kejutan berupa televisyen berukuran 41” untuk rumah amal itu, yang diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan Sebangga Dato ‘Arif Ambrose Ng.

“Kami sangat berharap hadiah itu akan membawa faedah yang lebih baik kepada penghuni rumah amal ini, untuk mereka meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan hiburan dan sesuatu yang perlu diingati setiap hari.

“Acara ini juga bertujuan menanamkan kesedaran tentang keperluan untuk menjaga orang kurang upaya ,” kata Dato Arif Ambrose Ng.

Sabah Cheshire Home atau SCH adalah organisasi swasta berdaftar dan amal bukan meraih keuntungan yang menyediaka­n penjagaan bagi orang kurang upaya tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

“Inisiatif ini adalah usaha berterusan dalam memenuhi tanggungja­wab kami sebagai warganegar­a korporat yang prihatin,” kata Arif.

Kumpulan Sebangga, iaitu salah sebuah syarikat automotif yang paling pantas berkembang di Malaysia Timur, mengendali­kan empat bilik pameran Subaru dan satu bilik pameran Mitshubish­i dalam tempoh dua tahun.

Aktiviti amal berterusan syarikat itu selaras dengan CSR kepada kebaikan masyarakat.

Kumpulan Sebangga berharap pendekatan ini akan mewujudkan lebih banyak kesedaran kepada rakyat dalam menyumbang lebih banyak kebaikan terhadap komuniti.

 ??  ?? PENGERUSI Kumpulan Sebangga Dato Arif Ambrose (kanan) bersama-sama dengan Pengurus Negeri SCH Jennifer Liew (tengah) dan kakitangan syarikat berkenaan.
PENGERUSI Kumpulan Sebangga Dato Arif Ambrose (kanan) bersama-sama dengan Pengurus Negeri SCH Jennifer Liew (tengah) dan kakitangan syarikat berkenaan.
 ??  ?? PENGURUS Cawangan Pusat Mitsubishi 4S Centre Sabah Sabah Nazly memberi ‘ang pau’ kepada penghuni Sabah Cheshire Home.
PENGURUS Cawangan Pusat Mitsubishi 4S Centre Sabah Sabah Nazly memberi ‘ang pau’ kepada penghuni Sabah Cheshire Home.
 ??  ?? ROMBONGAN Kumpulan Sebangga bergambar bersama penghuni Sabah Cheshire Home.
ROMBONGAN Kumpulan Sebangga bergambar bersama penghuni Sabah Cheshire Home.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia