Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Di Maria bantu PSG benam Marseille 3-0, mara ke separuh akhir Piala Perancis

-

PARIS, Perancis: Angel Di Maria menjaringk­an dua gol ketika Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Marseille 3-0 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Perancis, beberapa jam selepas kelab mengesahka­n Neymar akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan retak tulang kaki.

Di Maria menggantik­an Neymar dalam kesebelasa­n utama pasukan di Parc des Princes dan membuka jaringan pada minit akhir sebelum rehat.

Beliau menambah jaringan tidak lama selepas rehat sebelum Edinson Cavani melengkapk­an jaringan untuk kemenangan kedua dengan keputusan 3-0 ke atas Marseille dalam tempoh empat hari, selepas memberikan kekalahan teruk Marseille di tempat sendiri dalam Ligue 1 Ahad lepas.

Ketiadaan Neymar ternyata satu kekecewaan besar buat PSG dalam usaha mereka untuk bangkit dari kekalahan 1-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, menjelang perlawanan kedua nanti.

Kem PSG semakin gelisah apabila seorang lagi penyerang utama, Kylian Mbappe, tidak diturunkan selepas rehat kerana kecederaan buku lali.

“Kylian Mbappe mengalami kecederaan buku lali. Beliau meminta untuk tidak diturunkan dalam separuh masa kedua. Saya berharap ia tidak terlalu serius,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

Di Maria, yang tidak dimasukkan selaku pemain simpanan pada perlawanan di Real Madrid, menunjukka­n kemampuan beliau untuk mengisi tempat Neymar apabila membuka jaringan pada minit akhir sebelum rehat.

Penjaga gol Marseille, Steve Mandanda, tidak diturunkan Ahad lepas, menepis satu cubaan Di Maria pada awal permainan tetapi gagal mengelak cubaan seterusnya dari umpanan Adil Rami.

Kealpaan benteng pertahanan membolehka­n Di Maria menjaringk­an gol kedua pada minit ke-48 sebelum Cavani melengkapk­an jaringan pada minit ke-81 untuk gol ke-32 beliau dalam semua pertanding­an musim ini. — AFP

 ??  ?? DI MARIA (tengah) menjaringk­an gol kedua PSG ketika beraksi pada perlawanan menentang Marseille di Parc des Princes, Paris Rabu lepas. — Gambar AFP
DI MARIA (tengah) menjaringk­an gol kedua PSG ketika beraksi pada perlawanan menentang Marseille di Parc des Princes, Paris Rabu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia