Utusan Borneo (Sabah)

Neymar terlepas aksi lawan Real Madrid

-

PARIS, Perancis: Bintang antarabang­sa Brazil, Neymar, akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaan retak tulang kaki di Brazil pada akhir minggu ini, menyebabka­n beliau tidak akan dapat diturunkan bersama Paris Saint Germain (PSG) pada perlawanan penting Liga Juara-Juara menentang Real Madrid minggu hadapan.

Penyerang berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan di tapak kaki kanan dan juga terseliuh buku lali ketika PSG menewaskan Marseille 3-0 dalam Ligue 1 pada hari Ahad.

PSG berkata Rabu lepas di mana Rodrigo Lasmar, doktor bedah untuk skuad kebangsaan Brazil, akan menjalanka­n pembedahan itu.

Pada hari Selasa, ayah Neymar mendakwa pemain itu mungkin perlu berehat “sekurang-kurangnya enam minggu”.

Bercakapke­padapenyia­ran ESPN di Brazil sebelum pengumuman PSG, Neymar Sr, berkata: “PSG tahu bahawa mereka tidak akan dapat menurunkan Neymar untuk perlawanan akan datang. Rawatan beliau akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu tidak kira menjalani pembedahan atau tidak.”

Jurulatih PSG, Unai Emery sebelum itu berkata bahawa “tidak keputusan” dibuat sekiranya Neymar memerlukan pembedahan dan juga ada “peluang kecil” untuk beliau sempat kembali pulih untuk menentang Real Madrid pada 6 Mac.

PSG tewas 1-3 pada perlawanan pertama dan dalam bahaya tersingkir dari pertanding­an di pusingan kedua buat kali kedua berturut-turut.

Akhbar Brazil, Globo Esporte, mendakwa bekas bintang Barcelona itu akan berehat sehingga bulan Mei sementara jika anggaran ayahnya tepat, Neymar tidak akan dapat kembali beraksi sebelum peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada lewat bulan April.

Bagaimanap­un, Neymar seharusnya cergas untuk beraksi bersama Brazil di Piala Dunia 2018 di Rusia pada bulan Jun dan Julai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia