Utusan Borneo (Sabah)

Barcelona dikecewaka­n kelab kerdil

‘Tendangan penalti halimunan’ bantu Las Palmas catat seri 1-1 berdepan Barcelona

-

LAS PALMAS: Jurulatih Barcelona Ernesto Valverde mendakwa “tendangan penalti halimunan” telah membantu Las Palmas mencatatka­n keputusan seri 1-1 kelmarin untuk memberi harapan kepada Atletico Madrid dalam persaingan kejuaraan La Liga.

Barca menerima kunjungan Atletico pada Ahad dalam perlawanan di antara kelab di tempat pertama menentang kelab di tempat kedua dengan beban tambahan, memandangk­an sekarang kelebihan kelab Catalan itu sudah dikurangka­n kepada hanya lima mata sahaja.

Atletico membenam Leganes 4-0 pada malam Khamis lepas.

Tendangan percuma Lionel Messi yang cantik kelihatan seperti akan memulihkan kelebihan mereka kepada tujuh mata sebelum perlawanan pada hujung minggu ini di Camp Nou tetapi dua keputusan yang dibuat oleh pengadil Antonio Mateu membantu kelab kerdil Las Palmas untuk berkongsi mata.

Mula-mula Mateu tidak melihat penjaga gol Leandro Chichizola memegang bola di luar kotak penalti, yang boleh mengundang kad merah, dan kemudian dia memberikan tendangan penalti apabila bola terkena lengan Lucas Digne. Bekas penyerang West Ham, Jonathan Calleri, tidak membuat sebarang kesilapan.

Barcelona pasti rasa diperlakuk­an secara tidak adil memandangk­an bola yang terkena tangan Digne kelihatan tidak disengajak­an sama sekali, dan Gerard Pique selepas wisel penamat meluahkan rasa marah kepada pegawai perlawanan di atas padang.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku dalam perlawanan ini,” kata Valverde kemudian.

“Dari padang, saya mendapati ia tidak dapat diucapkan, tetapi ini adalah perkara yang berlaku.”

Dia kemudian menambah: “Kami tidak tahu kenapa pengadil meniup wisel dalam permainan itu. Dalam bilik persalinan, tidak ada orang yang tahu. Melihatnya dalam televisyen diharap dapat menjejaska­n sedikit keputusan itu. Ia adalah tendangan penalti halimunan.”

- Gambar REUTERS Bagaimanap­un, walaupun selepas Calleri menjaringk­an gol penyamaan, pasukan pelawat ada masa 42 minit untuk mencari gol kemenangan dan, hakikatnya, mereka tidak mencipta apaapa.

Persoalann­ya sekarang ialah sama ada tiga hari memadai ataupun tidak untuk Bar c elon a pulih, dari segi mental dan juga fizikal, sebelum mereka menentang pasukan Atletico yang memburu kemenangan kesembilan berturut-turut.

“Perlawanan tiba dengan cepat ,” kata V al v e r d e .“Tetapi begitulah keadaannya. Rasa pahit masih ada, selepas tidak menang di sini sedangkan kami sangka kami dapat menang.”

Valverde sudah pun mengadu tentang jadual pada minggu ini tetapi Luis Suarez memulakan perlawanan, walaupun boleh digantung jika dia dilayangka­n satu lagi kad kuning, tetapi dia berjaya mengelakny­a.

Ia adalah sukar untuk memikirkan tentang dua pemain yang lebih bagus daripada Messi dan Suarez dalam situasi dua lawan satu tetapi hantaran terakhir Messi kepada Suarez dibuat dengan lemah dan peluang besar pertama dalam perlawanan itu hilang.

Messi seakan-akan bertekad untuk menebus kesilapann­ya dan pada minit ke-21, dia memenangi tendangan percuma selepas satu lagi larian yang tidak dapat ditahan ke tepi kotak penalti.

Pemain Argentina itu menendang bola dengan kaki kiri ke dalam sudut kanan atas gawang.

Kontrovers­i pertama berlaku sejurus sebelum waktu rehat apabila Chichizola meluru keluar dari kawasannya tetapi, selepas dia gagal mengeluark­an bola dengan kemas, penjaga gol itu dengan cepat menghentik­an bola dengan tangannya. Mateu meniup wisel hanya untuk waktu rehat.

Sebarang rasa tidak adil kemudian digandakan lagi tiga minit selepas waktu rehat, apabila Mateu memberi tendangan penalti kepada Las Palmas.

Barca gagal mengeluark­an bola hantaran lintang ke dalam kotak penalti mereka dan apabila bola melantun dari tiang belakang, ia terkena lengan Digne tanpa disedariny­a. Calleri dengan tenang menyempurn­akan tendangan penalti.

Jentera serangan tambahan dimasukkan apabila Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele menggantik­an Aleix Vidal dan Andres Iniesta tetapi Barca jarang sekali menimbulka­n masalah untuk Las Palmas pada peringkat akhir perlawanan.

Mereka mesti meningkatk­an lagi prestasi pada Ahad ini. – AFP

“Kami tidak tahu kenapa pengadil meniup wisel dalam permainan itu. Dalam bilik persalinan, tidak ada orang yang tahu. Melihatnya dalam televisyen diharap dapat menjejaska­n sedikit keputusan itu. Ia halimunan.” adalah tendangan penalti

Ernesto Valverde Jurulatih Barcelona

 ??  ?? PEMAIN tengah Barcelona Sergio Busquets (dua kanan) cuba menghalang gerakan pemain Las Palmas Jonathan Calleri. Kedua-dua pasukan terikat 1-1.
PEMAIN tengah Barcelona Sergio Busquets (dua kanan) cuba menghalang gerakan pemain Las Palmas Jonathan Calleri. Kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia