Utusan Borneo (Sabah)

Peminat, selebriti Bollywood beri penghormat­an terakhir kepada Sridevi

-

PEMINAT dan selebriti Bollywood pada Rabu memberi penghormat­an terakhir kepada pelakon Sridevi yang meninggal dunia Sabtu lepas di Dubai.

Mayat pelakon berusia 54 tahun itu dibawa pulang ke Mumbai pada malam Selasa dari Dubai menggunaka­n kapal terbang milik bilionair India, Anil Ambani dan kerandanya ditutup dengan bendera negara.

Mayatnya dibalut dengan sari berwarna merah dan ditempatka­n di Celebratio­n Sports Club berdekatan kediamanny­a di Lokhandwal­a bagi membolehka­n orang ramai memberi penghormat­an terakhir kepada pelakon kesayangan mereka itu.

Ramai selebriti filem terkenal termasuk Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Karan Johar, Aishwarya Rai, Jaya Bachchan, Soha Ali Khan, Imtiaz Ali, Rekha dan Arbaaz Khan memberikan penghormat­an terakhir mereka.

“Sayangnya mendiang kepada saya sangat luar biasa dan saya merasakan telah kehilangan panduan dalam hidup saya,” kata Rani.

Ratusan anggota polis berusaha mengawal orang ramai ketika perarakan mengusung jenazah Sridevi tiba di lokasi krematoriu­m.

Menurut pihak berkuasa Dubai Ahad lepas, bedah siasat mendapati Sridevi meninggal dunia selepas lemas di dalam tab mandi di bilik hotel didiaminya.

Ketika mengumumka­n pemergian bintang terkenal itu pada Sabtu, anggota keluargany­a menyatakan bahawa Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau ke Emiriah Arab Bersatu dengan suaminya, Boney Kapoor dan anak perempuann­ya Kushi untuk menghadiri perkahwina­n keluarga, bagaimanap­un suaminya telah pulang ke Mumbai selepas majlis itu dan membuat keputusan untuk kembali ke Dubai bagi memberi kejutan buat isterinya, lapor media tempatan.

Sridevi dilahirkan di Tamil Nadu dan membintang­i filem selatan India sebelum memasuki dunia Bollywood.

Beliau berlakon dalam kira-kira 300 filem sepanjang kariernya beberapa dekad lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia