Utusan Borneo (Sabah)

KKJA sokong usaha k’jaan

Sekat penyebaran berita palsu

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) akan sentiasa menyokong undangunda­ng baharu yang digubal kerajaan dalam menyekat penyebaran berita palsu.

Pengerusi KKJA Yong Ted Phen berkata persatuan itu akan menyokong apa juga undang-undang yang diperkenal­kan bagi mengambil tindakan terhadap inividu yang didapati menyebarka­n berita palsu dalam laman media sosial dan internet. Beliau berkata, sesiapa yang melanggar undangunda­ng seharusnya dikenakan hukuman. “Atas sebab itu sekiranya ada undang-undang baharu diperkenal­kan kerajaan, persatuan ini berharap ia tidak menyekat hak kebekasan bersuarase­pertiyangt­ermaktub dalam perlembaga­an. Undangunda­ng itu juga tidak harus menghalang masyarakat umum untuk mengetahui kebenaran,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina KKJA, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, perkembang­an pesat teknologi maklumat dan peningkata­n penggunaan media sosial memberi impak kepada media konvension­al.

Penggunaan media sosial yang begitu berleluasa memberi kesukaran kepada usaha menyatakan kebenaran sekiranya terdapat maklumat tidak sahih yang disebarkan.

“Pada masa inilah media arus perdana memainkan peranan. Kita bersaing dengan media sosial setiap hari bagi mengesahka­n sesuatu maklumat supaya pembaca mengetahui kesahihan maklumat mahupun bertia yang disebarkan.

“Ia memperliha­tkan media arus perdana masih memainkan peranan penting sebagai medium penyampai berita sahih kepada masyarakat,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Yong yang juga Ketua Pemberita See Hua Daily News melahirkan penghargaa­n di atas kesudian Kerajaan Negeri menyumbang­kan RM 20, 000 kepada persatuan itu.

Sumbangan yang diberi akan digunakan bagi melaksanak­an aktiviti-aktiviti yang membantu meningkatk­an kerjasama pengamal media di negeri ini.

Selain sambutan Tahun Baharu Cina, KKJA turut mengadakan acara tahunan seperti Hari Keluarga & Anugerah Pelajar Cemerlang serta Malam Media KKJA.

 ??  ?? MAJLIS dimulakan dengan acara menggaul Yee Sang oleh barisan tetamu kehormat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan (sembilan kanan) dan penasihat-penasihat KKJA yang lain.
MAJLIS dimulakan dengan acara menggaul Yee Sang oleh barisan tetamu kehormat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan (sembilan kanan) dan penasihat-penasihat KKJA yang lain.
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan menyampaik­an cek replika bernilai RM 20, 000 kepada Yong, sambil disaksikan oleh Pengerusi Penganjur Jimmy Goh serta barisan Ahli Jawatankua­sa KKJA lain –gambar oleh James Tseu
TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan menyampaik­an cek replika bernilai RM 20, 000 kepada Yong, sambil disaksikan oleh Pengerusi Penganjur Jimmy Goh serta barisan Ahli Jawatankua­sa KKJA lain –gambar oleh James Tseu
 ??  ?? (KIRI-kanan) Pengerusi Penganjur Jimmy Goh, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan, Yong, Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu Liang Ciade dan Penasihat KKJA Datuk Seri Panglima TC Goh.
(KIRI-kanan) Pengerusi Penganjur Jimmy Goh, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan, Yong, Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu Liang Ciade dan Penasihat KKJA Datuk Seri Panglima TC Goh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia