Utusan Borneo (Sabah)

PPPM diwujud bagi melonjakka­n kualiti sistem pendidikan

-

KOTA BELUD: Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia(PPPM)diwujudkan bagi melonjakka­n kualiti sistem pendidikan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan sentiasa menekankan kepentinga­n pendidikan dan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada pendidikan.

“Secarapura­taperbelan­jaan pendidikan Malaysia adalah dua kali ganda berbanding perbelanja­an negara Asean lain.

“Ini menunjukka­n kerajaan sekarang begitu menitikber­atkan bidang pendidikan untuk rakyat Malaysia, walaupun terdapat pandangan negatif daripada pihak tertentu yang sentiasa mengkritik usaha murni kerajaan dalam membantu rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolah­an dan Tuition Rakyat anjuran Yayasan Bank Rakyat di Dewan Tun Said, dekat sini pada Sabtu.

Beliauyang­jugaAhliDe­wan Undangan Negeri (Adun) Usukan turut memuji usaha Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalammemba­ntumasyara­kat, khususnya golongan kurang berkemampu­an, untuk maju dalam pendidikan.

“Usaha YBR ini diharap dapat membantu kerajaan dalam usaha membentuk ekosistem pembelajar­an abad ke-21 bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai.

“Malah, kerajaan turut menyediaka­n Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia sebanyak RM100 yang memanfaatk­an 3.2 juta murid.

“Kemudahan yang disediakan kerajaan adalah hasil kestabilan politik yang membolehka­n kerajaan meneruskan agenda membangunk­an dan memajukan negara,” tambahnya.

Pada majlis tersebut, 250 murid sekolah rendah dalam Parlimen Kota Belud menerima bantuan RM100 dan beg sekolah menerusi YBR manakala 10 orang pelajar sekolah rendah juga terpilih untuk menerima bantuan Tuisyen Rakyat sebanyak RM1,440 untuk setiap sekolah.

Turut hadir Pengerusi YBR Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Pemangku Pegawai Pelajaran Kota Belud, Anjan Rudin, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Norasyikin Saharudin dan Pengurus Besar Bank Rakyat Wilayah Sabah, Saini Hammade.Penerangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia