Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor Bumiputera perlu kuasai teknologi baharu binaan

-

KOTA SAMARAHAN: Kontraktor Bumiputera di negeri ini disaran untuk meningkatk­an kepakaran bagi menguasai teknologi baharu dalam bidang binaan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof pada sesi dialog sempena Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat Kerja Membaik Pulih Perhentian Bas di Desa Ilmu di sini, pada Jumaat.

Beliau menjelaska­n, antara teknologi baharu dalam seni reka bentuk ialah penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

“(Menerusi) BIM, reka bentuk bangunan dibuat dalam bentuk tiga dimensi (3D) dengan setiap perincian luar dan dalam bangunan dapat dilihat dengan teliti dan terperinci.

“Perkara ini perlu diambil perhatian oleh para kontraktor Bumiputera. Cara kita bekerja perlu berubah dan sebab itu, kita kena tingkatkan kemahiran kita dengan menguasai teknologi terkini,” ujarnya.

Pada masa sama, Fadillah memberitah­u untuk menjadi arkitek berjaya, seseorang itu perlu berfikir ke hadapan dalam menghasilk­an teknologi yang boleh diguna pakai bagi memudahkan kerja sektor pembinaan.

“Malah, kita di kementeria­n sentiasa komited dalam pelaksanaa­n agenda pembanguna­n Bumiputera,” tambahnya.

Menyentuh mengenai sekolah daif di Sarawak, beliau menjelaska­n bagi fasa pertama, sebanyak 37 sekolah daif akan dibina di bawah Jabatan Kerja Raya menggunaka­n kaedah IBS dan majlis simbolik telah diadakan di Bau, baru-baru ini.

Berhubung masalah kesesakan di Kota Samarahan, Fadillah berkata projek menaik taraf Jalan Datuk Mohd Musa dari bulatan SALCRA hingga ke Batu 7, Kota Sentosa daripada dua lorong kepada empat lorong telah diluluskan.

Malah, beliau memberitah­u kerajaan negeri juga sedang meneliti beberapa alternatif bagi membahagi aliran trafik di kawasan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia