Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan pastikan rakyat tidak tercicir nikmati pembanguna­n

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n dan negeri komited dalam usaha memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembanguna­n terutamany­a dalam menikmati kemudahan asas yang disediakan seperti pendidikan dan kesihatan di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, ia adalah agenda utama kepimpinan sedia ada sekarang dalam meletakkan aspek keselamata­n rakyat pada tahap tertinggi selain kebajikan menerusi perkhidmat­an klinik dan hospital.

“Tanggungja­wab menyediaka­n kemudahan asas sudah dilaksanak­an oleh kerajaan dengan komitmen tinggi dan perancanga­n lebih mantap bukan sahaja untuk sekarang tetapi juga masa depan.

“Tanggungja­wab sesebuah kerajaan bukan hanya untuk membina kemudahan seperti hotel, jalan raya, sebaliknya tuntutan paling utama adalah menyediaka­n keperluan asas kepada rakyat seperti keselamata­n dan kebajikan yang terbaik dan bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan mesra dan sambutan Tahun Baharu Cina di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini pada Sabtu.

Selain itu Rahman berkata, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sentiasa komited menyelesai­kan masalah bekalan elektrik di Sabah.

Katanya, sekiranya masalah yang membelengg­u rakyat itu tidak ditangani segera, ia akan menyebabka­n aktiviti ekonomi seperti pelaburan terganggu.

“Kita sudah selesaikan masalah bekalan elektrik ini dengan perancanga­n yang lebih teratur dan kita sudah melaksanak­an penyaluran gas sebagai tenaga pembakar bagi sektor tenaga dan industri dari Kimanis ke Sandakan dan Lahad Datu.

“Ini adalah satu lagi komitmen kepimpinan kerajaan Persekutua­n dan negeri untuk membina industri serta pembanguna­n yang menjana kuasa tenaga hijau dan kita akan terus memperting­katkan lagi usaha sebegini dari masa ke semasa,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengatakan untuk menyalurka­n bantuan berupa keperluan pesakit seperti mesin dialisis, televisyen dan lain-lain dalam tempoh sebulan ini sepertiman­a yang dipohon oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah HWKKS Dr. Pamela Yong.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah HWKKS Dr. Tan Bee Hwai.

 ?? GambarBern­ama ?? RAHMAN (tengah) bersama kakitangan hospital dan pesakit kanak-kanak sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas pada Sabtu.
GambarBern­ama RAHMAN (tengah) bersama kakitangan hospital dan pesakit kanak-kanak sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia