Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan bina parkir bertingkat di Foh Sang akan diteruskan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kelewatan pembinaan ruang letak kenderaan bertingkat di Foh Sang bukan disebabkan bantahan penduduk setempat sebaliknya terdapat keperluan bagi menambah baik rekaan bangunan yang akan dibina itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kini pelan rekaan yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah dipersetuj­ui bersama dan kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM38 juta untuk pelaksanaa­n ruang letak kenderaan bertingkat.

“Apa yang berlaku adalah isu itu diputarbel­itkan oleh DAP yang mengatakan penduduk di sini membantah pembinaan bangunan itu.

“Saya ingin menjelaska­n bahawa bukan penduduk yang membantah sebaliknya wakil dari DAP yang membantah.

“Ini kerana, sekiranya projek itu berjalan, ia akan memberikan kelebihan kepada kerajaan dalam menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Pesta Angpau Sempena Tahun Baharu Cina 2018 anjuran bersama MCA Bahagian Kota Kinabalu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, kini peruntukan sudah diluluskan dan ia akan dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Janganlah menjadikan isu ini sebagai mainan politik kerana pelaksanaa­nnya adalah hadiah kerajaan kepada penduduk di sini yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam ucapannya, Rahman menjelaska­n bahawa masyarakat Cina bukan kaum pendatang di Malaysia sebaliknya memainkan peranan penting dalam pembanguna­n negara ini sejak dahulu sehingga sekarang.

Katanya, tidak ada sesiapa pun dalam negara ini boleh mengambil hak masyarakat Cina kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin terhadap kebajikan kaum itu di Malaysia.

“Apa yang penting, anda semua tidak perlu kisah apa yang dikatakan oleh menteri lain sebaliknya dengarlah amanat oleh Perdana Menteri.

“Beliau (Najib) tidak pernah memperkeci­lkan golongan Cina, semua agenda yang dibahaskan dalam Kabinet sekiranya tidak adil kepada masyarakat Cina akan ditolak beliau,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai, Timbalan Pengerusi MCA Sabah Datuk Francis Goh, Ketua Wanita MCA Sabah Datuk Agnes Shim dan Ketua Wanita MCA Kota Kinabalu Dr Pamela Yong.

 ??  ?? RAHMAN (tengah) dan Pamela (kanan) menunjukka­n skrol yang diterima daripada pemain tarian singa, turut kelihatan Yeo.
RAHMAN (tengah) dan Pamela (kanan) menunjukka­n skrol yang diterima daripada pemain tarian singa, turut kelihatan Yeo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia