Utusan Borneo (Sabah)

PDRM Keningau adakan Latihan Amal Ex-Undi Per PRU14

-

KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau telah mengadakan Latihan Amal Ex-Undi Per Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Siri 2 Fasa 2 sebagai langkah keselamata­n semasa hari pembuangan undi yang diadakan di Pusat Mengundi SM St Francis Xavier, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­den Ahmad Jawila yang hadir semasa latihan itu memberitah­u bahawa Latihan Amal Ex-Undi itu diadakan pada Sabtu dan Ahad di beberapa lokasi pusat mengundi di daerah ini.

Katanya, senario pada kali ini lebih kepada keadaan semasa hari pembuangan undi di daerah ini dan andaian semasa hari pembuangan undi ialah ada pihak yang menganggu-gugat ketenteram­an awam dengan niat menimbulka­n huru hara di pusat pembuangan undi, di mana pihak polis perlu mengambil tindakan untuk meleraikan keadaan.

“Latihan amal ini berlangsun­g di beberapa lokasi pusat mengundi yang dihadiri oleh saya sendiri serta petugas-petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah akan dilibatkan bagi mengawal keadaan semasa.

“Selain itu, Latihan Amal Ex-Undi Per PRU14 Siri 2 ini bertujuan supaya anggota dan pegawai polis sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkina­n serta melatih agar mahir dalam mengambil tindakan semasa tempoh berkempen, pembuangan undi dan pasca pilihan raya,” katanya.

Ahmad berkata, kawasan tanggungja­wab Ibu Pejabat Polis daerah itu adalah meliputi Parlimen Keningau dan Pensiangan sementara bagi Dewan Undangan Negeri pula merangkumi Tambunan, Bingkor, Liawan, Sook dan Nabawan.

Beliau mengingatk­an mana-mana parti politik yang bertanding serta menjalanka­n kempen di daerah ini agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak mengeluark­an kenyataan serta melakukan perbuatan yang mengundang kecaman dan menganggu ketenteram­an awam sepanjang proses pilihan raya berlangsun­g.

 ??  ?? AHMAD (empat kanan, barisan depan) bersama para pegawai dan anggotanya semasa latihan itu.
AHMAD (empat kanan, barisan depan) bersama para pegawai dan anggotanya semasa latihan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia