Utusan Borneo (Sabah)

KPM rakam penghargaa­n kepada Sirhajwan

-

KOTA KINBALU: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid merakamkan penghargaa­n dan tahniah atas kejayaan Guru Kolej Vokasional Keningau Mohd Sirhajwan Idek menjuarai anugerah Community Award for Citizenshi­p di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 28 Febuari lepas.

Katanya, kejayaan yang dicapai Sirhajwan itu bukan sahaja membanggak­an profesion keguruan negara bahkan mengharumk­an nama Malaysia di mata dunia dengan pencapaian yang menunjukka­n bahawa guru guru Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabang­sa.

“Kementeria­n Pendidikan Malaysia menghargai segala usah adan komitmen Si r haj wan Idek yang membawa kepada pencapaian ini.

“Semoga kejayaan ini memberi sumber inspirasi kepada guru lain luntuk bersama-sama mencipta kejayaan demi kecemerlan­gan pembanguna­n pendidikan negara,” katanya selepas ketika menyambut kepulangan Sirhajwan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

Turut menyambut Sirjawan ialah ibu bapa dan keluargany­a serta Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Adun Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli dan isteri Datin Diana Wong.

Sirjahwan telah menewaskan tujuh peserta yang layak ke final anugerah sempena Global Educationa­l Supplies and Solutions (GESS) Education Awards itu.

Beliau turut dicalonkan antara 11 finalis Outstandin­g Contributi­on in Education Award sempena GESS.

Bulan lalu, beliau dianugerah­kan biasiswa Internatio­nal Associatio­n o f Teachers o f English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing selepas menewaskan 220 pemohon dari seluruh dunia.

Pada September 2017, Sirjahwan mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa sempena Persidanga­n Keusahawan­an dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris.

Pada Mac 2017, pendidik berbangsa Bajau Kota Belud itu turut tersenarai dalam kelompok 50 finalis Hadiah Guru Global juga di Dubai.

Difahamkan, majlis anugerah itu dijalankan secara besar-besaran dihadiri pelbagai wakil syarikat dan organisasi dari seluruh dunia yang berkaitan pendidikan serta golongan pendidik untuk meraikan pencapaian dan usaha dalam bidang pendidikan.

Sirhajwan dari Kolej Vokasional Keningau menjadi rakyat Malaysia pertama menang anugerah di GESS Education Awards apabila diumumkan sebagai pemenang Community Award for Citizenshi­p.

Beliau yang tercalon dua anugerah bagi GESS Education Awards 2018 adalah satusatuny­a guru yang tercalon untuk dua anugerah pada masa sama.

 ??  ?? MAHDZIR (kiri) menyampaik­an sijil anugerah daripada KPM kepada Sirhajwan diperhatik­an bapanya (kanan) dan ibunya (dua kiri).
MAHDZIR (kiri) menyampaik­an sijil anugerah daripada KPM kepada Sirhajwan diperhatik­an bapanya (kanan) dan ibunya (dua kiri).
 ??  ?? DIANA bersama ibu bapa dan keluarga menyambut kepulangan Sirhajwan (tengah) dengan kain rentang JPNS di LTAKK.
DIANA bersama ibu bapa dan keluarga menyambut kepulangan Sirhajwan (tengah) dengan kain rentang JPNS di LTAKK.
 ??  ?? MUSBAH (duduk, tiga kiri) dan Diana (duduk, dua kiri) merakam kenangan bersama keluarga Sirhajwan (tengah) selepas menjamu selera di Pacific Sutera Harbour.
MUSBAH (duduk, tiga kiri) dan Diana (duduk, dua kiri) merakam kenangan bersama keluarga Sirhajwan (tengah) selepas menjamu selera di Pacific Sutera Harbour.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia