Utusan Borneo (Sabah)

55 sertai Bengkel Asas Penulisan Kreatif

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

TONGOD: Seramai 55 orang terdiri guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penangah telah menyertai Bengkel Asas Penulisan Kreatif anjuran sekolah itu dengan kerjasama Kelab Penulis dan Aktivitis Seni Kinabatang­an, Sabah (Kapuk Sabah) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

Sepanjang dua hari bengkel berkenaan, para peserta telah diberi pendedahan dengan pengenalan dan asas penulisan cerpen, novel dan puisi.

Manakala aktiviti pada sebelah malam telah diisi dengan aktiviti ‘Awiee Lampuka Bolintong’ atau ‘Malam Lampuka Pelangi’ yang menyaksika­n persembaha­n deklamasi puisi yang dihasilkan oleh para pelajar dan guru-guru dalam bengkel berkenaan.

Turut diadakan, majlis penyampaia­n hadiah 10 puisi pilihan terbaik kepada peserta dan pelajar terlibat selain lima puisi pilihan terbaik bagi guru-guru.

Pembimbing untuk asas penulisan cerpen diketuai oleh Sunita Haji Sahidin manakala pengenalan novel dikelolaka­n oleh Rezal Maznan. Sementara bagi puisi, ia dikelolaka­n oleh Nelson Dino, yang juga ahli Kapuk Sabah.

Pelaksanaa­n bengkel berkenaan turut dibantu oleh Haji Al Fazli Haji Mohd Salleh, Harisah Kobol, Sasran Masius, Sufriyanto Hasang dan Mohd Sufian Masran.

Bengkel berkenaan merupakan salah satu aktiviti dalam tahun ini bagi Bidang Bahasa yang diketuai oleh Stepen Radin @Azmi (Ketua Bidang Bahasa), Rukimah Pandawa (Ketua Panatia Bahasa Melayu) serta Dukim Awang (Ketua Panatia Kesusteraa­n Melayu), Asiah dan Nur Hidayah.-

 ??  ?? PELAJAR dan peserta bengkel bersama jawatankua­sa penganjur Bengkel Asas Penulisan Kreatif.
PELAJAR dan peserta bengkel bersama jawatankua­sa penganjur Bengkel Asas Penulisan Kreatif.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang diadakan pada bengkel berkenaan.
ANTARA aktiviti yang diadakan pada bengkel berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia