Utusan Borneo (Sabah)

44 sekolah kurang murid bakal dipindahka­n

-

SHAH ALAM: Kerajaan mengenal pasti 44 sekolah di seluruh negara yang mempunyai jumlah murid kurang daripada 10 orang untuk dipindahka­n ke kawasan penduduk berkepadat­an tinggi, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an.

Beliau berkata pemindahan kesemua sekolah itu akan dilakukan secara berperingk­at memandangk­an kerajaan berdepan beberapa cabaran terutama mendapatka­n tapak tanah dan mengambil kira kos pembinaan.

“Daripada 44 sekolah yang mempunyai kurang 10 murid, 22 terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), manakala selebihnya SJK Cina dan Sekolah Kebangsaan (SK),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan baharu dan majlis pecah tanah Dewan Komuniti SJKT Sungai Renggam yang disempurna­kan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m di sini Ahad.

Sementara itu, Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan pada sidang media sama, berkata kerajaan memindahka­n sekolah tamil yang mempunyai kurang daripada 10 murid di sesetengah kawasan di Johor dan Perak ke sekolah baharu yang dibina di kawasan mempunyai penduduk padat.

Mengenai majlis hari berkenaan, beliau berkata kerajaan memperuntu­kkan RM1 juta kepada SJKT Sungai Renggam untuk pembinaan dewan komuniti khusus untuk kegunaan masyarakat India.

Katanya sekolah berkenaan juga diperuntuk­kan RM400,000 untuk membina dua bilik prasekolah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediaka­n pendidikan awal kepada murid-murid kaum India sebelum memasuki Tahun Satu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia