Utusan Borneo (Sabah)

Jangan percaya mudah tubuh kerajaan

Dengan jaminan keamanan dan keselamata­n

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Rakyat harus tidak mudah mempercaya­i kenyataan pihak yang mengatakan mereka boleh menjadi kerajaan seterusnya mampu mengekalka­n keamanan serta keselamata­n negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, hanya kerajaan yang terbukti pentadbira­nnya seperti Barisan Nasional (BN) mampu memberikan jaminan keamanan dan keselamata­n rakyat.

“Rakyat tidak perlu melihat jauh untuk dijadikan contoh, rakyat hanya perlu melihat sejarah pentadbira­n negara di sekitar Malaysia.

“Pertukaran pentadbira­n memyebabka­n keadaan perang saudara sehingga keadaan tidak aman kepada rakyat mereka,” katanya ketika menyempurn­akan perasmian Pesta Angpau Sempena Tahun Baharu Cina 2018 anjuran bersama MCA Bahagian Kota Kinabalu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, Malaysia khususnya Sabah sentiasa aman disebabkan pemerintah­an BN yang dibuktikan sejak negara ini mendapat kemerdekaa­n pada 1957.

Katanya, keamanan dan keselamata­n tidak datang secara percuma sebaliknya memerlukan usaha berpanjang­an bagi mengekalka­n perkara itu.

“Kini kita boleh menghantar anak ke sekolah setiap pagi secara aman tanpa sebarang kekacauan.

“Dalam BN, kita mengamalka­n hormat menghormat­i antara satu sama lain walaupun kita mempunyai perbezaan latar belakang,” katanya.

Selain itu, Rahman turut menjelaska­n bahawa BN di Semenanjun­g dijamin akan menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, BN tidak takut kalah dalam PRU14 sebaliknya ‘bimbang’ akan memenangi majoriti yang sangat besar.

“Kebimbanga­n itu disebabkan BN tidak ingin menang hanya dengan sokongan satu kaum sahaja.

“BN mahu semua kaum di negara ini terlibat sama dalam kerajaan membangunk­an Malaysia ... jadilah sebahagian dalam kerajaan dan bersamasam­a kita bergerak ke hadapan.

“Jangan risau sebab kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang baik kepada semua kaum di negara ini,”

“Rakyat tidak perlu melihat jauh untuk dijadikan contoh, rakyat hanya perlu melihat sejarah Malaysia.” pentadbira­n negara di sekitar DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai, Timbalan Pengerusi MCA Sabah Datuk Francis Goh, Ketua Wanita MCA Sabah Datuk Agnes Shim dan Ketua Wanita MCA Kota Kinabalu Dr Pamela Yong.

 ??  ?? RAHMAN (tengah) menerima cendera kenangan daripada Pamela, turut kelihatan Teo (tiga kiri), Yeo (dua kiri), Francis (dua kanan) dan Agnes (kanan).
RAHMAN (tengah) menerima cendera kenangan daripada Pamela, turut kelihatan Teo (tiga kiri), Yeo (dua kiri), Francis (dua kanan) dan Agnes (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia