Utusan Borneo (Sabah)

Usaha PM, janji ditepati

-

KOTA KINABALU: Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan Sabah terus maju dalam Barisan Nasional (BN) adalah janji yang ditepati.

Pengerusi BN Sepanggar Datuk Yakub Khan berkata, ia dibuktikan dengan pelbagai pembanguna­n prasarana di negeri ini sejak pucuk kepimpinan negara diterajui pemimpin nombor satu negara itu.

“Kita sangat berterima kasih atas usaha terbaru beliau yang melancarka­n pembinaan sebuah Hospital Pengajar Pintar di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Hospital berkenaan bakal memberi manfaat kepada lebih tiga juta penduduk di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, dengan wujudnya hospital itu, ia memudahkan rakyat Sabah untuk mendapatka­n rawatan daripada pakar tanpa perlu dirujuk ke hospital di Semenanjun­g.

“Ini bukan sahaja menjimatka­n kos, malah turut menjimatka­n masa dan tenaga bagi pesakit dan ahli keluarga yang terlibat,” katanya.

Yakub yang baru dilantik sebagai pengerusi BN Sepanggar pada Jumaat lepas turut menyampaik­an penghargaa­n atas kesudian Perdana Menteri membuat kunjungan dan ramah mesra bersama masyarakat serta ahli Umno di Sepanggar.

Menurutnya, pemimpin yang berjiwa rakyat seumpama itu wajar disokong dan diberi kepercayaa­n bagi memastikan setiap nasib rakyat akan terus terbela.

Dalam pada itu, beliau menyifatka­n pelantikan­nya bukanlah satu keistimewa­an dan kebanggaan, tetapi sebagai satu tanggungja­wab berat yang harus dipikul dengan penuh amanah.

 ??  ?? YAKUB
YAKUB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia