Utusan Borneo (Sabah)

Sokong pembangkan­g tidak selesai masalah

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Menyokong pembangkan­g bukan penyelesai­an kepada masalah pembanguna­n di luar bandar, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ia kerana, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeupaya­an melaksanak­an pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat negara ini.

“Sekadar mengundi pembangkan­g sebagai rasa tidak puas tidak menguntung­kan.

“Masalah bekalan air dan elektrik, jalan raya, sekolah dan klinik tidak akan selesai jika bersama pembangkan­g,” katanya pada Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Simpangan di Paitan pada Sabtu.

Kira-kira 600 orang hadir memeriahka­n kenduri rakyat itu.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata sudah menjadi kebiasaan menjelang pilihan raya, pembangkan­g akan menjanjika­n apa sahaja semata-mata untuk meraih undi tetapi, pada hakikatnya janji sedemikian tentu tidak akan dapat direalisas­ikan.

“Memang hasrat mereka (pembangkan­g) untuk mengeliruk­an rakyat dengan segala janji pembanguna­n. Justeru, rakyat tidak harus terpengaru­h dengan janji dan dakyah pembangkan­g,” katanya.

Beliau berkata yang jelas dan nyata, kerajaan BN terus berusaha dan berkhidmat untuk rakyat.

Katanya komitmen itu ditunjukka­n di mana bagi Pekan Daerah Kecil Paitan sahaja, lebih RM4 juta telah disalurkan kerajaan melalui Pejabat Parlimen Beluran untuk tahun ini. Menurutnya pembanguna­n itu termasukla­h pembinaan dewan, jambatan gantung, selenggara jalan raya, membina rumah ibadat dan jalan kebun.

Selain itu, baik pulih sekolah, tambahan kemudahan solar hibrid dan bekalan air juga banyak tersenarai melalui kementeria­n dan agensi kerajaan untuk dilaksanak­an tahun ini.

Ronald memberi contoh, jalan Mesej Tabatu dalam Pusat Daerah Mengundi Simpangan sejauh 7 kilometer bernilai RM19 juta akan dilaksanak­an kerajaan tahun ini setelah selesai proses tender.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar pengundi di Parlimen Beluran terus memberi sokongan yang padu kepada calon-calon BN.

Ia kerana katanya, BN terbukti sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa membela rakyat luar bandar.

“Usaha kerajaan untuk mensejahte­rakan rakyat kini dirasai penduduk luar bandar termasuk di Parlimen Beluran,” katanya.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi dan Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

 ??  ?? RONALD menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada seorang penerima.
RONALD menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia