Utusan Borneo (Sabah)

Kait nama KM dan keluarga

Ahli keluarga Goong dan Kina buat laporan polis

-

KENINGAU: Serombonga­n ahli keluarga Goong dan Kina telah membuat laporan polis berhubung ucapan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony di Matunggong yang mengaitkan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman dan keluargany­a.

Rombongan seramai 14 orang itu diketuai oleh mantan Pegawai Daerah Keningau, Haji Zulkifli Nasir @Gimson Stanley, 63, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada jam 10.42 pagi Ahad.

Dalam laporan itu, Zulkifli menyatakan bahawa pada 28 Februari tahun ini kirakira jam 10 pagi, ketika berada di rumah kediamanny­a di Taman Anika, Jalan Kampung Keningau di sini, telah melayari laman web Sabahkini.com (Youtube Sabahkini).

Beliau mendapati Peter pada 14 Februari tahun ini melalui ucapannya semasa program bicara Warisan di Matunggong, dengan niat jahat mengeluark­an katakata kesat dan berunsur fitnah serta berbaur hasutan terhadap Ketua Menteri dan keluargany­a.

Laporan itu menyatakan bahawa Peter dengan niat jahat menghina ibu Ketua Menteri dan menyatakan bahawa Musa berketurun­an Pakistan.

Kenyataan itu merupakan fitnah jenayah serta perkauman bagi tujuan menghasut serta mengeliruk­an rakyat Sabah dan membangkit­kan rasa kebencian terhadap kepimpinan Musa serta keluargany­a.

Antara ungkapan ucapan Peter dalam klip video itu ialah, ‘seolah-olah semua dewan atau balairaya yang ada di negeri Sabah ini mama (ibu) Musa Aman yang punya duit,’ dan ‘yang mengeluark­an kelulusan konsesi-konsesi paip kepada keluarga Teo siapa bah ini? Ini Musa Aman Pakistan bah yang kasi keluar.’

“Tujuan saya yang mewakili seluruh ahli keluarga Goong dan Kina membuat laporan ini adalah untuk memohon pihak polis melakukan siasatan terhadap kenyataan yang berbaur perkauman dan fitnah mengikut peruntukan undang undang yang bersesuaia­n demi menjaga ketenteram­an awam dan maruah diri Tan Sri Musa serta keluargany­a atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Sabah ,” kata Zulkifli.

“Tujuan saya yang mewakili seluruh ahli keluarga Goong dan Kina membuat laporan ini adalah untuk memohon pihak polis melakukan siasatan terhadap kenyataan yang berbaur perkauman dan fitnah mengikut peruntukan undang-undang yang bersesuaia­n demi menjaga ketenteram­an awam dan maruah diri Tan Sri Musa serta keluargany­a ” atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Sabah HAJI ZULKIFLI NASIR @GIMSON STANLEY, 63

 ??  ?? ZULKIFLI (lima kiri) bersama ahli rombongan lain menunjukka­n laporan polis yang dibuat di IPD Keningau pada Ahad.
ZULKIFLI (lima kiri) bersama ahli rombongan lain menunjukka­n laporan polis yang dibuat di IPD Keningau pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia