Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Budaya ‘Kanou Moginakan’ Daerah Ranau pada 23-24 Mac

-

RANAU: Karnival Budaya ‘Kanou Moginakan’ peringkat Daerah Ranau akan diadakan di tapak tamu bulanan daerah ini pada 23-24 Mac.

Ia merupakan penjenamaa­n semula program ‘Sunduan Nunuk Ragang’ yang diadakan setiap tahun.

Program ini adalah antara usaha membantu mengembang­kan seni budaya tradisiona­l suku kaum Dusun kepada golongan remaja dan masyarakat seluruhnya di samping memupuk semangat cintakan seni budaya dalam kalangan masyarakat setempat sekali gus menjadikan karnival ini sebagai ikon kebudayaan di daerah ini.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) merangkap Pengerusi 2 Jawatankua­sa Induk Datuk Haji Jaimin Samitah (gambar) berharap karnival itu dapat memupuk perpaduan antara peserta dan masyarakat, dan dalam masa yang sama, mampu menjana ekonomi negeri khususnya daerah Ranau dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Karnival Kanou Moginakan yang akan bermula jam 7 malam itu juga bakal mengetenga­hkan warisan budaya daerah Ranau sebagai produk pelanconga­n yang menjana ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Menurutnya, lebih seribu orang dijangka menyertai karnival itu terdiri daripada pelajar sekolah, persatuan kebudayaan tempatan dan masyarakat sekitar daerah ini.

“Kebanyakan persembaha­n kelak adalah berkonsepk­an perarakan kebudayaan dalam bentuk tarian serta muzik tradisi yang menarik serta penuh keunikan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Jaimin berkata, LKNS dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau akan menganjurk­an program itu yang dijangka majlis perasmiann­ya disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Induk Haji Faimin Kamin menjemput orang ramai untuk hadir menyertai dan menyaksika­n pelbagai acara yang bakal diadakan selama dua hari karnival itu.

Beliau memaklumka­n, satu mesyuarat jawatankua­sa pelaksana akan diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau pada 8 Mac bermula jam 9.30 pagi.

Katanya, mesyuarat itu memerlukan kehadiran semua jawatankua­sa yang telah menerima jemputan sama ada melalui surat rarsmi atau menerusi aplikasi Whatsapp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia