Utusan Borneo (Sabah)

Nasib pasangan OKU dapat perhatian Puspanita KPDNKK

-

MELAKA: Nasib orang kelainan upaya (OKU), Zaiton Mohamad, 50, yang cacat kaki sejak lahir, bertambah malang apabila beliau gagal menggerakk­an kedua belah kakinya selepas terjatuh tujuh tahun lepas.

Beliau yang tidak boleh bergerak sejak tujuh tahun lalu, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada suami, Malek Buang, 69, yang juga seorang OKU pada kaki dan bergerak secara mengengsot.

Pasangan yang tidak mempunyai anak ini terpaksa meraih ihsan dan simpati penduduk sekitar sekiranya perlu bergerak jauh atau membeli barangan di kedai.

”Kudrat kami berdua tidak seperti dulu. Makcik lebih banyak terbaring di ruang tamu…masak pun suami yang sediakan sekadar yang mampu. Mandi pun dalam setahun hanya beberapa kali sahaja yang sempurna, kalau tidak hanya lap badan sahaja,” katanya yang reda dengan takdir menimpa mereka.

Pasangan ini ditemui selepas program tanggungja­wab sosial korporat dan majlis penyampaia­n sumbangan kepada 16 asnaf oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam (Puspanita) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) yang disempurna­kan Pengerusi Puspanita KPDNKK Datin Seri Dr Asmah Samat.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNKK yang juga Penasihat Puspanita kementeria­n, Datuk Seri Jamil Salleh.

Dalam pada itu, Asmah berkata beliau telah merujuk masalah kesihatan Zaiton kepada pakar daripada Jabatan Perubatan Rehabilita­si Hospital Serdang untuk rawatan pemulihan dalam masa terdekat.

“Pakar yang terlibat telah melihat keadaan Zaiton semalam dan peluang untuk beliau pulih serta bergerak cerah sekiranya menjalani rawatan dan latihan pemulihan yang sepatutnya. Kes ini akan dirujuk ke Hospital Rehabilita­si Cheras,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia