Utusan Borneo (Sabah)

Hanya pengamal perubatan, ahli farmasi

Boleh menyedia dan menjual ubat batuk

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menegaskan persediaan dan penjualan ubat batuk hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen.

Ketua Pengarahny­a Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penyediaan dan penjualan ubat batuk itu juga perlu mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Akta Racun 1952.

“Jadi penjualan ubat batuk tersebut hanya dibolehkan untuk tujuan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah akhbar pada 24 Feb lepas bertajuk ‘Resepi Bunuh Diri’ yang menyentuh penjualan dan penyalahgu­naan ubat batuk yang digunakan sebagai satu daripada bahan penyediaan ‘chakoroi’ iaitu campuran air ketum dan minuman berkarbona­t.

Beliau berkata Bahagian Penguatkua­saan Farmasi juga telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas premis yang disyaki menjual ubat batuk, bukan untuk tujuan perubatan di seluruh negara pada 22 Ogos 2017 berdasarka­n aduan yang diterima.

Dr Noor Hisham berkata hasil pemeriksaa­n itu pihaknya merampas 100,480 botol ubat batuk untuk siasatan lanjut mengikut Akta Racun 1952.

Sehubungan itu, KKM memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap manamana pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen yang didapati menjual ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan.

“Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau keduaduany­a sekali,” katanya.

Katanya KKM melalui Bahagian Penguatkua­saan Farmasi akan terus menjalanka­n pemantauan dan penguatkua­saan undangunda­ng ke atas semua premis yang menjual ubat-ubatan dan produk kesihatan bagi memastikan penjualan tersebut mematuhi peruntukan undangunda­ng yang dikuatkuas­akan.

Selain itu, kerjasama antara agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) juga akan dipertingk­atkan bagi membantera­s penjualan dan penggunaan ubat batuk bukan untuk tujuan perubatan.

Bagi membantera­s gejala ini, KKM amat mengalu-alukan sebarang aduan, maklum balas dan cadangan daripada orang awam berkenaan kegiatan penjualan ubat batuk yang mencurigak­an atau perlanggar­an lain bawah undang-undang yang dikuatkuas­akan melalui talian 03-7841 3200 atau dengan melayari portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh. spab.gov.my.

“Penjualan ubat batuk tersebut hanya ” dibolehkan untuk tujuan perubatan DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia