Utusan Borneo (Sabah)

KM Sarawak nafi artikel berhubung isu murtad

-

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak (OCMS) menafikan sebuah artikel yang dikeluarka­n media tempatan hari ini di bawah tajuk ‘Sarawak to Amend State Shariah Laws on Apostasy’.

Dalam satu kenyataan malam ini OCMS menegaskan bahawa artikel yang dikeluarka­n “Malaymailo­nline” hari ini yang menyebut bahawa cadangan pindaan kepada Ordinan Mahkamah Syariah 2001 bagi memudahkan mualaf untuk keluar dari Islam seperti yang dilaporkan, adalah amat tidak tepat.

“Laporan itu tidak menggambar­kan apa yang dinyatakan Ketua Menteri. Ketua Menteri dengan jelas menyatakan bahawa memandangk­an Mahkamah Persekutua­n telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar kes murtad, maka adalah perlu untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

“Termasuk mengkaji keperluan sama ada untuk meminda Ordinan Mahkamah Syariah 2001 atau Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak 2001, serta keperluan menyediaka­n prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pelaksanaa­n,” tambahnya.

Pada 27 Feb lepas Mahkamah Persekutua­n di Kuching memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendali­kan kes murtad.

Isu itu timbul selepas empat rakyat Sarawak yang ingin mengetahui sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah yang mempunyai kuasa dalam menentukan tentang usaha mereka untuk keluar daripada Islam.

Keputusan itu menimbulka­n banyak reaksi dari pelbagai pihak khususnya di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia