Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat pemaju tarik balik tuduhan kaitkan Azeez dengan projek terowong

-

GEORGE TOWN: Syarikat pemaju projek terowong dasar laut di negeri ini, Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd, telah menarik balik notis tuntutan yang mendakwa anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersubahat dengan seorang individu bagi memperoleh RM3 juta berkaitan projek mega itu.

Pada sidang media di sini pada Ahad, Abdul Azeez berkata pihaknya telah menerima surat daripada pejabat peguam yang mewakili syarikat itu pada sabtu yang menyatakan mereka menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

“Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd melalui peguamnya meminta maaf kepada saya atas kesilapan ini. Mereka juga menyatakan dalam surat ini bahawa saya disahkan adalah mangsa penjualan nama dan mereka juga menyatakan bahawa mereka akan bantu saya dalam apa jua keadaan untuk membersihk­an nama saya,” katanya.

Pada 27 Feb lepas, anggota Parlimen Baling itu mendapat surat tuntutan daripada firma guaman yang mewakili syarikat itu yang mendakwa beliau bersubahat dengan seorang individu bergelar ‘Datuk’ bagi memperoleh RM3 juta berkaitan projek tersebut.

Susulan itu, Abdul Azeez membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 2 Mac lepas bagi menggesa satu siasatan dibuat terhadap pihak yang didakwa menyalahgu­nakan namanya dalam isu pembinaan projek terowong dasar laut.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata dengan penerimaan surat terbaru itu, jelas menunjukka­n beliau tidak mempunyai kaitan dengan projek berkenaan dan meminta pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk berhenti menyebarka­n fitnah terhadapny­a termasuk Tabung Haji dan Umno .

“Saya dah bagi arahan sekeras-kerasnya kepada peguam saya untuk meneliti siapakah dalang-dalangnya (yang menyebarka­n fitnah). Saya juga mendapat banyak viral berkaitan diri saya dan ramai pemimpin pembangkan­g yang menuduh Umno dan Tabung Haji.

“Jadi, pertama sekali saya nak jaga nama Tabung Haji, kedua sebagai Ahli Parlimen Baling, ketiga institusi parti keramat Umno dan keluarga saya. Saya tahu ini nak dekat pilihan raya. Mereka lakukan ini semua bertujuan untuk pembunuhan karakter bagi menjatuhka­n parti keramat Umno ,” katanya.

Katanya beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan seterusnya sama ada menarik balik laporan polis yang dibuat atau mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyebarka­n fitnah itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Consortium Zenith Constructi­on, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

 ??  ?? AZEEZ menunjukka­n surat tuntutan daripada firma guaman kepada pemberita pada Ahad, mengenai isu pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
AZEEZ menunjukka­n surat tuntutan daripada firma guaman kepada pemberita pada Ahad, mengenai isu pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia