Utusan Borneo (Sabah)

Beri masa enam bulan

Undang-undang syariah Sarawak akan dipinda: KM

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi tempoh enam bulan untuk beliau menyelesai­kan perkara berkaitan pindaan undang-undang syariah Sarawak.

Mengakui undang-undang syariah Sarawak masih ada kelemahan, beliau berkata seharusnya terdapat Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantapka­n lagi undangunda­ng berkenaan.

“Kita akan meneliti perkara ini dan kita tidak harus membiarkan mereka yang berkaitan tergantung begitu sahaja di mana perlu ada SOP yang harus mereka ikuti.

“Beri saya masa enam bulan untuk saya selesaikan perkara ini dan perbincang­an kini hampir selesai kerana kita ada pendekatan undangunda­ng untuk digunakan bagi memudahkan­nya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan bangunan baharu St Joseph’s Internatio­nal School yang dihadiri Uskup Agung Gereja Roman Katolik Simoh Poh di sini, pada Sabtu.

Selasa lepas, Mahkamah Persekutua­n memutuskan kes empat individu yang murtad perlu diperdenga­r dan ditentukan oleh Mahkamah Syariah menggunaka­n peruntukan di bawah Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak 2001, dan bukan Mahkamah Sivil.

Lima panel hakim berkata, tiada merit dalam empat kes berasingan membabitka­n Mohd Syafiq Abdullah, Nur Muzdhalifa­h Abdullah, Salina Abdullah dan Syarifah Nooraffyzz­a Wan Hosen.

Panel hakim, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hassan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan, menyatakan peruntukan di bawah ordinan itu boleh diguna pakai Mahkamah Syariah dalam menentukan keputusan berhubung permohonan tersebut.

Tambah Abang Johari, apa yang berlaku di mahkamah itu hanyalah penentuan mahkamah mana yang mempunyai bidang kuasa dalam menyelesai­kan status empat individu berkenaan.

“Masalah mereka ialah tiada bidang kuasa untuk menentukan status dan mengiktira­f mereka keluar dari agama Islam dan mereka menghadapi masalah dari segi kad pengenalan.

“Perlu ada keputusan dari mahkamah bahawa mereka bukan lagi Muslim dan diterima oleh Pendaftara­n Negara,” katanya sambil memberitah­u ia bukan satu isu yang harus diperbesar­kan.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata setiap masalah harus diselesaik­an bagi mengelak berlaku hilang kepercayaa­n.

“Kita akan meminda undang-undang syariah. Ini kerana jika ada masalah perlu ada penyelesai­annya. Bagi kes ini khasnya saya akan selesaikan atas kapasiti saya sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Sementara itu, Poh dalam kenyataann­ya berkata, beliau gembira dengan pengumuman Ketua Menteri itu demi kebaikan kepada semua pihak.

“Beri saya masa enam bulan untuk saya selesaikan perkara ini dan perbincang­an kini hampir selesai kerana kita ada pendekatan undang-undang untuk digunakan bagi memudahkan­nya, ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI bersalaman dengan Poh (kanan) selepas sidang media sambil disaksikan Manyin (tiga kiri) dan Dr Sim (kiri).
ABANG JOHARI bersalaman dengan Poh (kanan) selepas sidang media sambil disaksikan Manyin (tiga kiri) dan Dr Sim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia