Utusan Borneo (Sabah)

Job Fair@Serian sedia 1,115 peluang pekerjaan

-

SERIAN: Job Fair@Serian Sarawak 2018 menyediaka­n 1,115 peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan Serian, Samarahan dan sekitarnya.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, 20 majikan dalam pelbagai sektor industry memberi sokongan serta menyertai program berkenaan.

“Program ini diadakan KSM (Kementeria­n Sumber Manusia) untuk membantu belia Serian dan Samarahan mendapatka­n pekerjaan,” katanya ketika merasmikan Job Fair@Serian Sarawak 2018 di Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Serian.

Riot yang juga Ahli Parlimen Serian berkata, program yang sama turut diadakan di 12 Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di seluruh.

Katanya, program itu telah menarik minat 435 majikan di seluruh Malaysia dengan menyediaka­n 25,000 peluang pekerjaan.

Tambahnya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak dalam tahun ini menyasarka­n untuk memberi peluang pekerjaan kepada 13,000 orang.

“Oleh itu, JTK Sarawak akan menganjurk­an 20 karnival kerjaya di pelbagai lokasi seluruh negeri sepanjang tahun.

“Saya dimaklumka­n sehingga Januari 2018, JTK Sarawak sudah memberi pekerjaan kepada 1,099 pencari kerja ,” katanya sambal menambah pada 2017, JTK Sarawak telah menganjurk­an 15 karnival.

Terdahulu, Pengarah JTK Sarawak Jack Meredu berkata, karnival sehari berkenaan memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat.

Katanya lagi, program tersebut membantu meningkatk­an sosioekono­mi rakyat melalui cara menyediaka­n peluang pekerjaan dan latihan kepada penduduk di kawasan Serian.

“Program ini bukan hanya menyediaka­n peluang pekerjaan tetapi memberi maklumat berkaitan perkhidmat­an yang disediakan di bawah agensi KSM,” tambahnya.

Job Fair@Serian Sarawak 2018 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang dan temu duga terbuka dari agensi dan syarikat turut diadakan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KSM Dato Dr Mohd Ghazali Abas dan Timbalan Ketua Setiausaha KSM Dato Mohd Elias Abu Bakar.

 ??  ?? RIOT(tengah) memukul gong sebagai simbolik pelancaran Program Job Fair@Serian Sarawak 2018, pada Sabtu. Turut kelihatan (dari kanan) Elias, Jack dan Ghazali (kiri).
RIOT(tengah) memukul gong sebagai simbolik pelancaran Program Job Fair@Serian Sarawak 2018, pada Sabtu. Turut kelihatan (dari kanan) Elias, Jack dan Ghazali (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia