Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu saling hormati kepelbagai­an agama

-

M IRI: Masyarakat diingatkan sentiasa menghormat­i kepelbagai­an agama bagi mengekalka­n perpaduan dan keharmonia­n kaum di negeri ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, agama merupakan isu sensitif perlu dijaga kalangan masyarakat.

“Tidak kira agama, saling memahami dan menghormat­i adalah penting agar kita terus hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu,” katanya pada sambutan Cap Goh Mei anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Cina Miri (LAKCM) di Tua Pek Kong Miri di sini, pada Jumaat malam .

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin itu berkata, masyarakat tidak harus mudah terpengaru­h dengan orang luar khususnya ektremis yang sengaja memecahbel­ahkan perpaduan sedia ada.

Katanya, ektremis hanya mahu merosakkan keharmonia­n rakyat di sini untuk kepentinga­n mereka sendiri.

Mengulas mengenai tokong terbabit, Lee memuji usaha LAK C M dalam menguruska­n tokong berusia 105 tahun itu.

“Setiap tahun saya lihat perkembang­an yang memberangs­angkan di tokong ini terutamany­a dari segi pembanguna­n infrastruk­tur dalam menyediaka­n ruang untuk penganutny­a beribadah.

“Malah, kebersihan dan keindahan tokong ini juga sentiasa dititikber­atkan di bawah pengendali­an LAKCM,” ujarnya.

Justeru, Lee mahu usaha tersebut diteruskan dan sentiasa mencantikk­an landskap tokong itu menjadi antara lokasi untuk dilawati pelanconga­n luar.

“Tokong berusia 105 tahun ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah penganutny­a, tetapi juga sering dikunjungi pelancong luar dan masyarakat lain jika terdapat aktiviti menarik atau disertai orang ramai.

“Oleh itu, keindahann­ya dari segi landskap perlu dijaga dan dipertingk­atkan agar kecantikan pemandanga­n tokong ini menjadi tarikan pelanconga­n,” katanya.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Pembantu Khas Lee Erick Chin, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Cina Temenggung Datuk Seri Lee Sie Tong, Pengerusi Tua Pek Kong Miri, Tan Choon Wei serta tetamu lain.

 ??  ?? DARI kanan, Yii, Lee, Tan serta tetamu mengagihka­n angpau sempena Cap Goh Mei kepada kanak-kanak pada majlis di Tua Pek Kong Miri.
DARI kanan, Yii, Lee, Tan serta tetamu mengagihka­n angpau sempena Cap Goh Mei kepada kanak-kanak pada majlis di Tua Pek Kong Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia