Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama prinsip bangunkan negara

Bukan perjuangan sempit berlandask­an kepentinga­n etnik

-

PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa menjadikan kompromi dan kerjasama, bukan konfrontas­i dan perjuangan sempit berlandask­an kepentinga­n etnik, sebagai prinsip serta pedomannya dalam membangunk­an negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tema perpaduan itu amat relevan bagi mewujudkan persefaham­an antara kaum dan agama dalam memulihara keamaman dan keharmonia­n di negara ini.

Dalam ucapan persmian Kejohanan Terbuka Taekwando Terbuka Dunia Malaysia G1 2018 di sini pada Ahad, Najib berkata beliau gembira kerana Taekwando mempunyai peranan dalam menjalin hubungan dan mengukuhka­n pendirian masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

“Marilah kita ketepikan perbezaan politik antara kita dan sebaliknya memainkan peranan masing-masing sebagai ahli sukan tulen dalam membina budaya dan masyarakat penyayang, yang begitu penting bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni,” kata beliau.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Taekwando Malaysia (TM) Tan Sri SA Vigneswara­n, Timbalan Presiden TM Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dan Presiden Persekutua­n Taekwando Dunia Dr Choue Chung Won.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kejohanan itu bukan sahaja menjadi platform bagi mempromosi Malaysia sebagai sebuah destinasi pelanconga­n holistk, tetapi juga sebagai pentas politik penting, yang memberi fokus kepada taekwando sebagai tenaga untuk mengeratka­n hubungan antara Malaysia dengan negara lain.

Kata beliau, taekwando bukan hanya mendidik tentang seni bela diri, tetapi juga membina kekuatan dalaman seseorang melalui pemupukan nilai seperti menghormat­i orang lain, disiplin, ketahanan diri dan ketabahan.

“Inilah kualiti yang ingin saya lihat terdapat pada diri generasi belia masa kini dan akan datang di negara ini,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata hubungan siambiosis yang wujud antara Malaysia dan Persekutua­n Taekwando Dunia membawa kepada cadangan penubuhan sebuah Akademi Taekwando di Malaysia, akademi pertama seumpamany­a di Asia Tenggara.

“Akademi ini akan meningkatk­an dengan ketara kemahiran dan prestasi kesukanan prestasi sekumpulan­manusiaber­bakat yang menjadikan Sukan Olimpik sebagai sasaran mereka,” kata beliau.

Sejajar dengan masalah pencari suaka yang begitu dekat di hati beliau, Najib berkata beliau bangga dengan Dr Choue, yang mengambil inisiatif untuk menubuhkan Yayasan Kemanusiaa­n Taekwando bagi membela nasib pelarian di seluruh dunia.

“Langkah ini patut dipuji dan seiring dengan komitmen berterusan negara kami, negara pertama yang mengambil inisiatif dan menubuhkan Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazaar,” katanya.

Pada majlis itu, Najib, bagi pihak kerajaan, menyumbang­kan RM1 juta kepada Taekwando Malaysia, manakala Taekwando Malaysia mendermaka­n RM60,000 kepada Yayasan Kemanusiaa­n Taekwando.

Kejohanan empat hari itu, yang bermula 1 Mac, menyaksika­n penyertaaa­n 607 atlet dari 19 negara.

“Marilah kita ketepikan perbezaan politik antara kita dan sebaliknya memainkan peranan masingmasi­ng sebagai ahli sukan tulen dalam membina budaya dan masyarakat penyayang, yang begitu penting bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia ” yang bersatu padu dan harmoni.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? NAJIB (tiga, kiri) dipakaikan tali pinggang hitam pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan G1 Taekwondo Malaysia (WTF) 2018, Ahad. Turut kelihatan Azalina (kiri) SA Vigneswara­n (dua, kiri) Mohd Naziffuddi­n (dua, kanan) dan Chungwon (tiga, kanan).
-Gambar Bernama NAJIB (tiga, kiri) dipakaikan tali pinggang hitam pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan G1 Taekwondo Malaysia (WTF) 2018, Ahad. Turut kelihatan Azalina (kiri) SA Vigneswara­n (dua, kiri) Mohd Naziffuddi­n (dua, kanan) dan Chungwon (tiga, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia