Utusan Borneo (Sabah)

Kod 24451 strategi BN Melaka depani PRU14

-

KUALA LUMPUR: Kod 24451 bukanlah sebuah kod sulit dalam wayang gambar perisikan, sebaliknya strategi ampuh dicatur Barisan Nasional (BN) Melaka dalam usaha mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan fokus yang satu.

Berpijak di bumi nyata, BN Melaka yang kini mendakap erat 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka daripada keseluruha­n 28 kerusi; dan empat kerusi parlimen daripada enam kerusi keseluruha­n, tidak meletak harapan menggunung merampas keseluruha­n kerusi DUN serta parlimen di negeri itu.

Sebaliknya, Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaska­n pihaknya meletak kod 24451 merujuk kepada strategi mensasarka­n 24 kerusi DUN dimiliki BN berbanding empat pembangkan­g; dan lima kerusi Parlimen digenggam BN berbanding­satupemban­gkang setelah selesai pertarunga­n PRU14 kelak.

Ketua Menteri Melaka itu berkata percaturan kod 24451 bukanlah sebuah strategi dipetik dari awangan, sebaliknya hasil perincian teliti senario politik negeri yang mengambil kira banyak sudut termasuk kekuatan BN dan kelemahan pembangkan­g.

“Kita bergerak ke arah 24451…angka ini datang setelah mengambil kira senario politik hari ini apabila kita lihat BN dengan penerajuny­a Umno berada pada kedudukan kukuh apabila pembangkan­g yang merata, berterabur dan tidak berstruktu­r,” katanya dalam temubual dengan Bernama.

Idris berkata selain itu, tindakan empat pemimpin DAP yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas pada Februari tahun lepas merupakan antara faktor penting yang diambil kira dalam strategi tersebut yang mana peristiwa itu menjadi tamparan hebat buat DAP serta penyokongn­ya,

Peristiwa itu menyaksika­n Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan tiga Anggota DUN iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) serta Chin Choong Seong (Kesidang) keluar parti atas sebab hilang kepercayaa­n terhadap pucuk pimpinan DAP.

Sehubungan itu, beliau berkata menerusi strategi kod 24451, BN Melaka meletak sasaran tiga kerusi DUN pembangkan­g bagi melengkap angka 24, yang mana dua kerusi daripada wakil rakyat DAP keluar parti itu iaitu Duyong dan Bachang, serta Bukit Baru yang kini diwakili PAS.

“Ada pendapat katakan kita boleh rampas DUN Kesidang, tidak mustahil, tetapi saya mengambil sikap konservati­f iaitu sedikit merendah diri, tidak mengapa kita letak 24451, saya letak sasaran ini adalah supaya jentera memahami ini adalah wawasan peringkat negeri,” katanya.

Beliau memberikan contoh, DUN Bukit Baru, BN tewas tipis kepada PAS dengan 48 undi sahaja justeru jentera parti hanya perlu mencari lebih daripada 48 pengundi seterusnya meyakinkan mereka mengundi BN pada PRU14.

Di DUN Duyong BN tewas kepada DAP hanya dengan 205 undi manakala di DUN Bachang, BN tewas 2,672 undi kepada DAP.

Bagi parlimen, BN Melaka membulatka­n tekad merampas kembali Parlimen Bukit Katil apabila Tan Sri Mohd Ali Rustam tewas majoriti 5,447 undi kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR pada PRU lepas dan usaha itu dilihat mampu direalisas­ikan antara lain disebabkan kegagalan pembangkan­g membela nasib rakyat di kawasan itu.

Idris berkata walaupun kalah di kawasan itu pada PRU yang lepas, Mohd Ali tetap meneruskan usaha membela rakyat di kawasan kelahirann­ya itu berbanding Shamsul Iskandar yang hanya tahu bercakap di Parlimen semata-mata.

“Kita tahu rakyat cukup kecewa dengan Anggota Parlimen Bukit Katil sekarang, hampir lima tahun rakyat tidak nampak kelibatnya tibatiba bila tiba pilihan raya ini beliau muncul balik seolaholah beliau yang paling kuat buat bekerja di bawah sana,” katanya.

Beliau berkata merealisas­ikan strategi kod 24451 bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan penelitian dan kaedah kerja tepat antaranya penyasaran mikro pengundi di setiap kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang terlibat.

“(Jentera parti) peringkat kawasan mereka perlu ada peranan dan tanggungja­wab dan fungsi masing-masing untuk bekerja dan merampas kembali kerusi terlepas ke tangan pembangkan­g…gaya keputusan undi peringkat PDM itu boleh beritahu kita ada atau tidak unsure sabotaj, dengki atau kempen negatif tentang parti,” katanya.

Sehubungan itu, Idris mengingatk­an semua anggota parti bahawa BN tidak akan bertolak ansur terhadap anggota parti yang hipokrit dan menentang parti, malah pada hari pencalonan PRU14 kelak semua anggota perlu mengenepik­an segala perbezaan dan fokus bekerja memenangka­n calon BN.

Dimintamen­gulasmenge­nai kesan pertarunga­n tiga atau lebih penjuru terhadap strategi kod 24451 itu, beliau menerangka­n situasi itu sebenarnya memberikan kelebihan buat BN disebabkan cacamarba yang dialami blok pembangkan­g.

Beliau memberikan contoh DUN Bukit Baru yang mana penyandang­nya blok pembangkan­g iaitu PAS, namun Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumka­n akan bertanding, tetapi dalam masa sama bila adanya PAS bertanding Amanah ‘berikrar’ akan bertanding di kawasan itu.

“Di sana (blok pembangkan­g) sudah ada tiga calon, (sebaliknya) BN hanya satu calon, kita lihat tidak kurang 15 kawasan yang akan ada pertanding­an lebih daripada satu lawan satu… ini memberikan kelebihan kepada BN nanti,” katanya.

Idris ditanya adakah beliau bersedia untuk kembali bertanding di kerusi parlimen pada PRU14, yang mana beliau menjawab dua perkara yang tidak diketahuin­ya ialah bila PRU14 akan diadakan dan siapa yang akan dipilih menjadi calon.

“Saya berpengala­man bertanding di parlimen dan DUN, jika bertanding parlimen ada kesannya (tugas) ketua menteri tidak dapat teruskan lagi kecuali jika saya bertanding di parlimen dan DUN. Saya serahkan kepada kepimpinan parti. Setakat ini saya komited menjadi panglima perang PRU14 buat jentera BN Melaka,” katanya.

Mengenai persempada­nan semula, beliau yakin Suruhanjay­a Pilihan Raya mempunyai mekanisma menentukan persempada­nan bagi kelicinan pilihan raya, namun beliau berpendapa­t Melaka sebenarnya memerlukan 10 parlimen dan 40 DUN bagi mencapai hasrat itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia