Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan bumiputera terus diperkasa

Teraju main peranan bawa pelbagai agensi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan akan sentiasa melipatgan­dakan usaha bagi memastikan usahawan bumiputera terus diperkasa dan diberi lebih peluang di masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) khususnya telah memainkan peranan penting dalam hal itu.

“Hari ini (kelmarin) sahaja, Teraju telah membawa pelbagai agensi untuk menawarkan perkhidmat­an kepada komuniti usahawan di Kota Kinabalu.

“Usahawan bukan saja boleh mendaftar perniagaan tetapi juga berpeluang bertemu agensi pembiayaan dan latihan keusahawan­an,” katanya ketika merasmikan Program Inisiatif, Memperkasa­kan, Pendidikan, Pekerjaan dan Keusahawan­an (IMPAK18), di sini pada Ahad.

Beliau menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk mengambil peluang yang disediakan itu bagi meningkatk­an ekonomi keluarga dan komuniti.

Katanya, program itu juga memberi fokus kepada pemberian pekerjaan.

“Hari ini (kelmarin) sahaja, Teraju telah membawa pelbagai agensi untuk menawarkan perkhidmat­an kepada komuniti usahawan di Kota Kinabalu. Usahawan bukan saja boleh mendaftar perniagaan tetapi juga berpeluang bertemu agensi ” pembiayaan dan latihan keusahawan­an. DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terkini, kadar penganggur­an di negara ini hanyalah 3.4 peratus dan tahun lalu sahaja sebanyak 360,000 pekerjaan diwujudkan.

“Di Sabah, sebanyak 52,600 pekerjaan tercipta pada tahun 2016. Sejak Program Transforma­si Ekonomi (ETP) dilancarka­n pada 2010 oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, sebanyak 53,000 pekerjaan dicipta untuk rakyat Sabah.

“Segala perancanga­n yang dilakukan khususnya dengan membawa masuk pelaburan adalah hasil usaha keduadua kerajaan Persekutua­n dan negeri dengan aspirasi merangsang penciptaan pekerjaan seterusnya menjana pendapatan untuk rakyat Sabah,” katanya.

Rahman berkata, ia dapat dibuktikan dengan pendapatan bulanan isi rumah di Sabah yang meningkat lebih sekali ganda sejak 2009 daripada RM2,087 kepada RM4,123.

Menurutnya, di Sepanggar khususnya telah mengalami banyak pembanguna­n melalui perancanga­n menjadikan kawasan itu hab kepada tiga pusat pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara dan Politeknik Kota Kinabalu.

“Selain itu, dua pusat pentadbira­n kerajaan negeri dan Persekutua­n serta Kawasan Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) yang dihubungka­n secara terus dengan Pelabuhan Sepanggar bersebelah­an Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Tahun lalu sahaja, saya telah umumkan peruntukan sebanyak RM420 juta untuk menaik taraf jalan menuju ke 1Borneo untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di sini,” katanya.

Pada majlis yang sama, Rahman turut menyerahka­n 900 pasang pakaian seragam dan beg kepada pelajar sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

 ??  ?? RAHMAN (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama pelajar yang menerima bantuan persekolah­an.
RAHMAN (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama pelajar yang menerima bantuan persekolah­an.
 ??  ?? RAHMAN (kanan) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik perasmian.
RAHMAN (kanan) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia