Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan jambatan udara dalam fasa dua

-

ALOR SETAR: Pembinaan jambatan udara di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi akan dimasukkan dalam fasa dua projek pembesaran lapangan terbang itu, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar).

Beliau berkata kerja-kerja fasa dua dijangka bermula selepas fasa satu yang bernilai kira-kira RM80 juta siap sepenuhnya Ogos ini.

“Kita kena buat secara berperingk­at dan akan memastikan kerja-kerja bagi fasa satu dan dua ini tidak akan mengganggu jadual penerbanga­n kita (di lapangan terbang itu),” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan pilihan raya oleh MCA Alor Setar, di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, ketika berucap menutup Ekspo Muafakat Kedah 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah diarah memasukkan ‘aerobridge’ dalam kerjakerja membesarka­n lapangan terbang itu sebagai usaha menjadikan pulau berkenaan pintu masuk ke negara ini.

Selain itu, perdana menteri turut mengumumka­n Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini akan dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabang­sa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Liow yang juga Presiden M C A berkata cadangan perdana menteri itu suatu yang amat baik dalam usaha meningkatk­an sektor pelanconga­n Pulau Langkawi kerana kemudahan jambatan udara membolehka­n pendaratan pesawat besar. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia